{{VIDEO}} Tunjuk Parang Di Bulatan Pahang 4 dicekup

4 dah kena tangkap…

 

Kuala Lumpur: Perselisihan faham dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan lelaki di jalan berhampiran Bulatan Pahang, di sini, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menahan empat lelaki berusia antara 16 hingga 42 tahun di beberapa lokasi sekitar ibu kota ini bermula 8 malam hingga 12 tengah malam tadi.

 

“Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca akibat perselisihan faham berkaitan halangan sebuah motosikal ke atas kenderaan pacuan empat roda di Lorong Haji Hussin, Chow Kit.

 

See also  Serang polis: Pihak tokong serah diri, mohon maaf

“Semua suspek yang ditahan direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 25 Mac nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Mohamad Zainal berkata, hasil ujian air kencing dilakukan terhadap semua suspek didapati negatif dadah.

 

“Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan tindakan sendiri dan mematuhi undang-undang sedia ada.

 

“Selain itu, kami juga memohon orang ramai supaya tidak menularkan video yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

See also  Dendam punca tetak kenalan

 

Terdahulu, satu video berdurasi dua minit 38 saat menunjukkan beberapa motosikal dilihat mengepung sebuah kenderaan pacuan empat roda di jalan berhampiran Bulatan Pahang, yang tular di media sosial, hari ini.

 

Dalam video berkenaan, beberapa motosikal terbabit yang dinaiki sekumpulan lelaki berjaya menahan kenderaan pacuan empat roda berkenaan sebelum kenderaan itu dibaling menggunakan objek dipercayai helmet.

 

Tindakan itu menyebabkan cermin di bahagian penumpang kenderaan pacuan empat roda berkenaan pecah dan pemandunya dilihat keluar dari kenderaan itu sambil menghunus parang sebelum dilihat beredar dari lokasi beberapa saat kemudian.

See also  Video✓✓Berebut harta pusaka punca penagih Sabu bertindak agresif nak cederakan adik perempuan

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {{VIDEO}} Tunjuk Parang Di Bulatan Pahang 4 dicekup " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370563
Users Today : 2326
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14744
Users Last 30 days : 65969
Users This Month : 59581
Users This Year : 370562
Total Users : 370563
Views Today : 3244
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 22014
Views Last 30 days : 101624
Views This Month : 91791
Views This Year : 570857
Total views : 570858
Who's Online : 10
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares