{Video} Warga emas pandu kereta dilorong motosikal disaman

Warga emas pandu kereta dilorong motosikal disaman

KAJANG 21 Mac 2021– Polis mengesahkan telah mengeluarkan saman ke atas seorang lelaki warga emas yang memandu kereta di laluan motosikal dalam satu kejadian di Plaza Tol Batu 11 di sini semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian pukul 10.55 pagi itu melibatkan seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun yang memandu sebuah kereta jenis Mercedes Benz sedang dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur dari arah Balakong.

See also  [VIDEO] Pelombong emas haram di hutan simpan Ulu Jelai terbongkar

 

“Apabila sampai di Plaza Tol Batu 11, lelaki tersebut telah tersilap masuk ke laluan motosikal di Lebuh Raya Grand Saga di mana laluan itu tidak boleh dilalui oleh mana-mana kenderaan selain motosikal.

 

“Pihak kami telah berjaya mengesan lelaki tersebut di rumahnya dan hasil siasatan bersama waris lelaki itu mendapati dia adalah seorang warga emas yang tidak beberapa sihat dan mengakui tersilap memasuki lorong motosikal,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

 

See also  Lambo tak cukup duit SmartTAG ‘menyusup’ bawah palang

Menurut Mohd. Zaid, siasatan polis mengesahkan bahawa kes tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan dan tindakan saman telah dikeluarkan kepada pemandu warga emas itu.

 

“Tindakan saman dikeluarkan kepada pemandu tersebut di bawah kesalahan Seksyen 79(2) Akta Pengankutan Jalan 1987 kerana mengabaikan isyarat lalu lintas,” tegas beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tentang tindakan seorang pemandu sebuah kereta memandu di laluan motosikal di lebuh raya yang mengundang kecaman netizen.

 

Menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman Facebook, kelihatan sebuah kereta jenis Mercedes Benz telah menggunakan laluan motosikal berhampiran plaza tol tersebut. -K! ONLINE.

See also  Video©Geng Baling Batu di lebuhraya Pendang
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video} Warga emas pandu kereta dilorong motosikal disaman " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370216
Users Today : 1979
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14397
Users Last 30 days : 65622
Users This Month : 59234
Users This Year : 370215
Total Users : 370216
Views Today : 2740
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21510
Views Last 30 days : 101120
Views This Month : 91287
Views This Year : 570353
Total views : 570354
Who's Online : 27
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares