Mabuk punca kemalangan 5 kenderaan

Mabuk punca kemalangan 5 kenderaan

March 23, 2021 @ 12:37am

 

Mabuk punca kemalangan 5 kenderaan

Keadaan kenderaan dirempuh pikap Toyota Hilux membabitkan lima kenderaan di Pandan Mewah, Ampang malam tadi. – Foto ihsan pembaca

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki memandu kereta dan disyaki berada di bawah pengaruh alkohol menjadi punca nahas lima kenderaan di Jalan Mewah 2/3 Pandan Mewah, Ampang, malam tadi.

 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak, berkata kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pikap Toyota Hilux, Perodua Bezza, Proton Saga, Volkswagen Beetle dan Proton Wira, berlaku kira-kira jam 7 malam.

See also  Polis cari lelaki suap bayi minuman keras

 

“Kejadian berlaku ketika Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 48 tahun dipercayai mabuk, dari Taman Putra membelok ke Jalan Mewah 2/3.

 

“Kenderaan berkenaan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh kereta Perodua Bezza yang diparkir di kiri jalan.

 

“Toyota Hilux itu kemudian merempuh Proton Saga sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar Volkswagen Beetle yang terbabas ke kiri jalan dan melanggar Proton Wira diparkir tepi laluan itu,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

 

Mohammed Farouk berkata, hasil ujian saringan dilakukan terhadap pemandu Toyota Hilux berkenaan mendapati tahap kandungan alkohol lelaki terbabit melebihi had ditetapkan, manakala ujian air kencing pula didapati negatif dadah.

See also  Lelaki mengamuk selepas terlibat dalam kemalangan

 

Katanya, pemandu itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan permohonan reman terhadapnya akan dijalankan di Mahkamah Majistret Ampang, esok.

 

“Kemalangan berkenaan turut mengakibatkan pemandu Volkswagen Beetle cedera dada dan dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan.

 

“Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil. Siasatan lanjut pula mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, manakala saksi kemalangan sedang dikesan,” katanya.

See also  {Video} Ambulans bawa bayi terbabit kemalangan

 

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-13078348

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Mabuk punca kemalangan 5 kenderaan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146300
Users Today : 2749
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21606
Users Last 30 days : 77698
Users This Month : 40025
Users This Year : 146299
Total Users : 146300
Views Today : 3767
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32824
Views Last 30 days : 119040
Views This Month : 60954
Views This Year : 223344
Total views : 223345
Who's Online : 42
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares