Maklumat Lengkap Insiden
BBP ISKANDAR PUTERI
JENIS INSIDEN : MENANGKAP ULAR
Alamat: 26, Jalan Berembang, Taman Dato Syed Idris, Iskandar Puteri.
Tarikh/Masa : 22.03.2021 / 17:11:00
Keanggotaan : 7 Anggota
Komander Operasi : PBK II Ronnie Robert

Maklumat Kejadian: Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seekor ular Sawa berukuran 12 kaki berada di mangkuk tandas rumah pemanggil. Tindakan operasi menangkap ular menggunakan 1 unit penjerut binatang.
Operasi Tamat : 17:45:00
Sumber: JBPM Negeri Johor
- Ular sawa dalam mangkuk tandas
Iskandar Puteri: Ular sawa sepanjang 3.65 meter ditemui dalam mangkuk tandas di sebuah kediaman di Taman Dato Syed Idris, di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba Iskandar Puteri, Mohd Khairi Zainudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.11 petang.
Beliau berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri dengan kekuatan seramai tujuh ke tempat kejadian.
Menurutnya, operasi diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Ronnie Robert.
Katanya, anggota bomba menggunakan alat penjerut untuk menangkap ular itu.
“Anggota bomba terpaksa memecahkan ruang saluran mangkuk tandas bagi menangkap reptilia berkenaan,” katanya.

Mohd Khairi berkata, reptilia itu kemudiannya dilepaskan di lokasi jauh daripada kawasan perumahan.
Sumber: Harian Metro
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Ular sawa dalam mangkuk tandas " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.