Jambatan Sungai Aring Gua Musang tenggelam akibat hujan berterusan

Jambatan Sungai Aring tenggelam akibat hujan berterusan

 

Oleh AIMUNI TUAN LAH

24 Mac 2021, 4:32 pm

 

GUA MUSANG – Hujan yang berterusan sejak semalam menyebabkan lebih 300 penduduk Orang Asli suku kaum Bateq Kampung Aring 5 di sini terputus hubungan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Keadaan itu berlaku selepas jambatan Sungai Aring di sini yang menjadi laluan utama keluar dan masuk ke kampung itu tenggelam sejak pagi tadi.

 

Penghulu Orang Asli Aring 5, Raina Anjang berkata, kejadian itu menyebabkan ramai penduduk yang ingin ke bandar Gua Musang untuk membeli barang keperluan dan melakukan urusan harian mereka terpaksa berpatah balik.

See also  Pengsan dalam bas bukan sebab COVID-19

 

Katanya, lebih menyukarkan keadaan apabila mereka tiada jalan lain yang boleh digunakan untuk keluar dari kampung ke bandar Gua Musang.

 

“Penduduk kampung terkejut apabila mendapati jambatan itu tenggelam pagi tadi sehingga tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan.

 

“Sudah dua bulan cuaca panas, namun apabila hujan turun tanpa henti sejak semalam, jambatan ini terus tenggelam,” katanya.

 

Seorang lagi penduduk, Syaimi Hek @ Ab. Hadi, 40, berkata, kali terakhir jalan di kampung itu dinaiki air ketika musim tengkujuh pada bulan Disember lalu dan surut dalam masa yang singkat.

See also  Buang ‘Saka’ Dalam Sungai, JPJ Sudah Ambil Tindakan Terhadap Pemilik Kenderaan!

 

“Ketika ini, cuaca masih hujan dan jambatan Sungai Aring mungkin akan terus tenggelam.

 

“Jika keadaan itu berterusan, penduduk mungkin akan membina rakit buluh untuk memudahkan pergerakan mereka menyeberangi sungai sekiranya mempunyai urusan penting di bandar Gua Musang,” katanya.

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam tadi, mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang sehingga hari ini.

See also  Video Tindakan selamatkan nenek guna pelampung dipuji

 

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan yang terlibat di Kelantan ialah Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang. – K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jambatan Sungai Aring Gua Musang tenggelam akibat hujan berterusan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370405
Users Today : 2168
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14586
Users Last 30 days : 65811
Users This Month : 59423
Users This Year : 370404
Total Users : 370405
Views Today : 3005
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21775
Views Last 30 days : 101385
Views This Month : 91552
Views This Year : 570618
Total views : 570619
Who's Online : 14
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares