Pekerja asing lari lompat pagar enggan diperiksa

Pekerja asing lari lompat pagar enggan diperiksa

 

HULU TERENGGANU – Seorang pekerja asing melarikan diri dengan melompat pagar kerana enggan menjalani pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu dalam operasi di sebuah tapak pembinaan di Kampung Pulau Kudat, di sini pada Isnin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Bagaimanapun, warga asing berkenaan akhirnya berjaya ditahan sepasukan pegawai penguat kuasa imigresen setelah gagal melarikan diri.

 

Pengarah Imigresen Negeri, Tuan Ungku Joha Ungku Mohamad berkata, dua pekerja asing diperiksa di lokasi berkenaan dan seorang daripadanya merupakan warga Indonesia ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

See also  Lagi warga Bangladesh peralat rakyat tempatan

 

Beliau berkata, operasi disertai 15 pegawai penguat kuasa itu bermula jam 8.30 pagi hingga 2 petang melibatkan tujuh lokasi pembinaan di sekitar Hulu Terengganu.

 

Sebahagian pekerja asing diperiksa dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu di tujuh lokasi pembinaan di Hulu Terengganu.

See also  PASUKAN GERAK PANTAS DAN DRON 1 KAD 7 BRIGED TANGKAP 26 PATI

 

“Seramai 11 pekerja asing ditahan dalam operasi kali ini melibatkan enam kesalahan iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah manakala lima kesalahan lagi gagal mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dengan melanggar syarat pas diberikan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

 

Beliau berkata, dalam operasi tersebut pihak imigresen telah memeriksa seramai seramai 40 pekerja terdiri daripada 27 warga asing dan 13 warga tempatan.

See also  Ratusan pelarian Rohingya lari, cuba menyusup ke Malaysia

 

Gambar : Jabatan Imigresen Negeri Terengganu

 

▶️Sinar Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pekerja asing lari lompat pagar enggan diperiksa " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156030
Users Today : 820
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24425
Users Last 30 days : 79854
Users This Month : 49755
Users This Year : 156029
Total Users : 156030
Views Today : 1396
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36908
Views Last 30 days : 122950
Views This Month : 76227
Views This Year : 238617
Total views : 238618
Who's Online : 1
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares