Anjing K9 antara 139 penerima anugerah Ketua Polis Johor

Anjing K9 antara 139 penerima anugerah Ketua Polis Johor

 

Oleh MOHD SHARKAWI LONDING

25 Mac 2021, 11:10 am

 

JOHOR BAHRU- Dua ekor anjing pengesan dari Unit K9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor antara 139 penerima Anugerah Ketua Polis Johor sempena Sambutan Hari Polis Ke-214 hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Kedua-dua anjing jenis German Shepherd itu dikenali sebagai Mailo dan Barny menerima penghargaan berkenaan di atas kejayaan mengesan mayat sehingga dapat menyelesaikan beberapa kes berprofil tinggi.

 

See also  Lelaki positif Covid-19 bunuh diri selepas sebulan kematian isteri

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menyampaikan pingat, sijil penghargaan dan makanan kepada kedua-duanya melalui pelatih mereka, Lans Koperal K. Thiru (Mailo) dan Lans Koperal Calvin Maluni (Barny).

 

Ayob Khan ketika ditemui berkata, antara kejayaan berkenaan ialah menyelesaikan kes pembunuhan seorang wanita berusia 38 tahun yang mati ditembak suaminya sendiri di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, pada 1 Mac lalu.

 

“Mailo dan Barny juga berjaya membantu kita menyelesaikan kes pembunuhan seorang pesara polis, Su Kim Chiang, 57, dengan penemuan mayat yang ditanam di sebuah ‘kubur’ di Kampung Selatan Kahang, Kluang pada tahun lalu,” katanya.

See also  CCTV 'Rider' cedera motosikal rempuh pagar selepas dikejar anjing

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar selepas menghadiri Sambutan Hari Polis Ke-214 di IPK Johor, di sini hari ini.

 

Terdahulu, Ayob Khan menerima tabik hormat serta memeriksa perbarisan kawalan kehormatan melibatkan 500 pegawai dan anggota IPK Johor serta penjawat awam.

 

Ayob Khan seterusnya membaca perutusan Ketua Polis Negara, sebelum menyampaikan sijil penghargaan kepada 139 penerima terdiri daripada pegawai dan anggota polis serta orang awam serta 27 penerima sijil penghargaan Ketua Polis Negara.- K! ONLINE.

See also  Video rakaman bantu Polis jejak pemandu langgar lari remaja sekolah
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Anjing K9 antara 139 penerima anugerah Ketua Polis Johor " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

377911
Users Today : 1506
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16050
Users Last 30 days : 61301
Users This Month : 4915
Users This Year : 377910
Total Users : 377911
Views Today : 2005
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 23882
Views Last 30 days : 94134
Views This Month : 7170
Views This Year : 581864
Total views : 581865
Who's Online : 9
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares