Di mana Che Som?

Di mana Che Som?

Seremban: “Sudah masuk hari kelima hari ini, kami masih tidak menemuinya,” kata Abdul Halem Shamsuddin, 31, menantu kepada Che Som Ibrahim, 69, yang hilang sejak Sabtu lal

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Abdul Halem berkata, ibu mentuanya itu keluar rumah tanpa pengetahuannya dan isteri, Masturah Abdullah, 30, dari rumah mereka di Taman Desa Permai Repah, Tampin dekat sini, kira-kira 9 pag

 

Menurutnya, dia menyedari warga emas terbabit tiada dalam rumah selepas membuat memeriksa bilikny

 

“Pada pagi hari kejadian itu, kami sekeluarga ada di rumah dan saya bertanya kepada isteri (Masturah) selepas tidak melihat emak berbanding kebiasaannya dia sering ke dapur membuat air minuma

 

“Isteri menjangkakan emak sedang mandi di bilik air dan bagi mendapatkan kepastian selepas itu, saya terus ke biliknya dan mendapati emak tiad

See also  Berlaku lagi kejadian, ‘sapu bersih’ rak food bank. Kesian orang lain

 

“Kami berasa pelik kerana tiada tanda emak keluar rumah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari in

 

Menurutnya, mereka sekeluarga tidak terus mencari warga emas terbabit kerana Che Som selalu keluar rumah secara sendirian namun kembali semula beberapa jam kemudia

 

“Ibu mentua saya biasa kawasan ini dan pernah beberapa kali keluar rumah bukan sahaja di sekitar kawasan ini tetapi sehingga ke pekan Tampin, namun dia pulang semula ke rumah dengan selamat,” katanya yang menetap di rumah itu sejak Mei tahun lal

 

Abdul Halem berkata, dia juga ada memeriksa barangan peribadi milik ibu mentuanya itu dan mendapati warga emas berkenaan keluar rumah hanya dengan membawa dompet kecil yang terdapat wang tunai kira-kira RM20

 

See also  POLIS SIASAT DAKWAAN KEHILANGAN BARANGAN KEMAS MILIK PESAKIT COVID-19

Menurutnya, beg silang yang sering dibawanya setiap kali keluar rumah pula masih terdapat di dalam bilikny

 

Katanya, dia dan isteri kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada adik-beradik yang lain dan mereka kemudiannya berusaha mencari wanita berkenaan di kawasan sekitar daerah ini serta di Seremba

 

“Pada masa sama, saya membuat laporan polis mengenai kehilangannya di Balai Polis Tampin pada hari kejadian,” katany

 

Menurut Abdul Halem, ibu mentuanya itu sudah bertahun-tahun disahkan mengalami kesihatan mental tetapi tahu dan kenal serta ingat tempat yang dia pernah pergi, malah dia juga boleh naik bas atau naik teksi untuk ke mana-mana destinas

 

Katanya, sehingga kini belum ada petunjuk atau maklumat mengenai ibu mentuanya it

 

“Kami bimbang dan khuatir akan keselamatannya dan berharap mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau menjumpai ibu mentua saya supaya menghubungi saya di talian 013-2729741 atau balai polis berhampiran,” katany

See also  Video✓✓Padah tayang pistol tiruan

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab mengesahkan pihaknya ada menerima laporan Abdul Halem yang juga seorang kontraktor mengenai kehilangan Che Som pada 9.30 malam Sabtu lal

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mac 2021 @ 10:52

Mohd Amin Jali

am@hmetro.com.m

 

#HarianMetrolylAMu.a.u.i.a.n.a.0.u.n.i.a.n.a.i.u.alil

am@hmetro.com.my

 

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Di mana Che Som? " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124576
Users Today : 3999
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22248
Users Last 30 days : 69921
Users This Month : 18301
Users This Year : 124575
Total Users : 124576
Views Today : 6047
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33826
Views Last 30 days : 108530
Views This Month : 27939
Views This Year : 190329
Total views : 190331
Who's Online : 23
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares