Guru angkat dan campak murid tadika cetus kemarahan warganet

Guru angkat dan campak murid tadika cetus kemarahan warganet

 

BUKAN satu atau dua kes namun banyak kes penderaan murid tadika telah dilaporkan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Ada yang menyebabkan luka dan lebam selain beberapa kes juga sehingga terjadinya kematian.

 

Seperti apa yang terjadi ini, tular sebuah video menunjukkan seorang wanita mengangkat dan menghempas murid di bawah jagaan mereka.

 

Rakaman itu tular selepas seorang pengguna Facebook bernama Nur Kamelia Sari memuat naik video tersebut dalam grup Penduduk Jalan kebun, Klang.

See also  BUDAK TIK TOK LEMPAR KUCING DITAHAN POLIS

 

Menerusi video tersebut yang dimuat naik semula oleh Facebook My Kuala Langat, dilihat seorang wanita dipercayai tenaga pengajar di tadika tersebut mengangkat dan mencampak seorang kanak-kanak berbaju seragam sama dengan murid lain.

 

Wanita itu juga sempat memarahi kanak-kanak berkenaan sebelum berlalu pergi setelah murid cilik itu terjatuh kerana dicampak.

 

Apa yang lebih sayu apabila murid-murid lain yang berada di situ hanya memandang ke arah murid yang dicampak itu dengan pandangan yang sangat mengharukan.

See also  Maybank Cawangan Bandar Pusat Jengka ditutup untuk Sanitasi

 

Video berdurasi 10 saat itu mencetuskan amarah warganet yang kini mendapat hampir 2000 komen di posting berkenaan.

 

Rata-rata mereka meluahkan rasa berang dengan tindakan kasar wanita terbabit kerana melakukan kekerasan kepada kanak-kanak.

 

Mereka juga berharap pihak berkuasa membuat siasatan dan mengambil tindakan diatas kejadian ini kerana bimbang keselamatan murid-murid lain di tadika tersebut.

 

Harap-harap wanita itu akan diberi hukuman setimpal dan menyesal dengan perbuatannya itu. Kasihan kanak-kanak yang tidak berdosa!

See also  Cikgu tunggu tapi pelajar tak masuk kelas ‘online’ dan matikan telefon

 

NOOR FAEZAH

26 MAR 2021

Video Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Guru angkat dan campak murid tadika cetus kemarahan warganet " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133185
Users Today : 1580
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20497
Users Last 30 days : 69200
Users This Month : 26910
Users This Year : 133184
Total Users : 133185
Views Today : 2535
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31878
Views Last 30 days : 108220
Views This Month : 41854
Views This Year : 204244
Total views : 204245
Who's Online : 2
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares