Lelaki ditahan pasang kamera tersembunyi dalam tandas wanita

Lelaki ditahan pasang kamera tersembunyi dalam tandas wanita

 

Gombak: Bagi memuaskan nafsunya, seorang lelaki sanggup meletak kamera tersembunyi berbentuk pen di bawah sinki tandas wanita di tempat kerjanya di Batu Caves, di sini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Perbuatan lelaki terbabit bagaimanapun disedari salah seorang pekerja wanita berusia 27 tahun yang menemukan kamera tersembunyi itu kelmarin secara tidak sengaja.

 

Menurut sumber, dalam kejadian jam 10.50 pagi itu, mangsa masuk ke dalam tandas berkenaan.

See also  KECURIAN DI MASJID: JEMAAH DIMINTA LEBIH BERHATI-HATI

 

“Dia yang tunduk berhampiran sinki kemudian terlihat kamera tersembunyi itu. Mangsa kemudian mengambil dan membawa pulang untuk memeriksanya.

 

“Mangsa terkejut apabila mendapati beberapa rakaman video merekodkan dirinya dan rakan wanita lain dalam tandas berkenaan.

 

“Wanita itu (mangsa) mengesyaki salah seorang pekerja lelaki yang memasang kamera itu kerana wajah suspek turut direkodkan ketika dia masuk mengambil kamera berbentuk pen itu,” katanya.

See also  Video✓✓Polis sudah menahan dua lelaki memandu saling himpit

 

Mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Selayang untuk tindakan selanjutnya.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan.

 

Disiarkan pada: Mac 28, 2021 @ 3:54pm

Muhaamad Hafis Nawawi

See also  Video@Dibakarnya kereta gara gara cinta tak berbalas

mhafis@hmetro.com.my

 

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki ditahan pasang kamera tersembunyi dalam tandas wanita " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148900
Users Today : 507
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24206
Users Last 30 days : 80298
Users This Month : 42625
Users This Year : 148899
Total Users : 148900
Views Today : 701
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36987
Views Last 30 days : 123203
Views This Month : 65117
Views This Year : 227507
Total views : 227508
Who's Online : 26
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares