Polis buru banduan lolos

Polis buru banduan lolos

 

Kota Bharu: Polis memburu seorang lelaki yang melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, polis menerima panggilan daripada penjara yang memaklumkan banduan lelaki melarikan diri pada jam 10.13 pagi.

 

Katanya, suspek dikenali sebagai Mohamad Soolleh Mohd Noor, 31, dari Kampung Delima, Wakaf Bharu.

See also  Lelaki mengamuk dengan parang mati ditembak Polis

 

“Suspek adalah banduan tahanan reman bicara bagi kes di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) yang ditahan di Penjara Pengkalan Chepa sejak 22 Mac lalu.

 

“Dalam masa sama, suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan dengan jenayah dan dadah,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

See also  Gambar anak sakit disalah guna mohon derma

 

Abdul Rahim berkata, suspek disedari melarikan diri semasa proses pembuangan sampah dan dipercayai memanjat pagar di menara penjara.

 

“Polis dengan bantuan semua bahagian termasuk pihak penjara sedang menjalankan pencarian suspek.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada polis atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

See also  {VIDEO Tular} Dua jiran gaduh kerana parkir kereta

 

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis buru banduan lolos " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385590
Users Today : 1668
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17353
Users Last 30 days : 60906
Users This Month : 12594
Users This Year : 385589
Total Users : 385590
Views Today : 2566
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25732
Views Last 30 days : 92865
Views This Month : 18651
Views This Year : 593345
Total views : 593346
Who's Online : 8
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares