{VIDEO} Polis buru suspek raba wanita

Polis buru suspek raba wanita

 

KOTA BHARU – Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai mencabul seorang wanita dalam kejadian di Lorong Limau Manis, Jalan Hamzah di sini kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 pagi ketika mangsa sedang berjalan seorang diri di lorong berkenaan untuk ke tempat kerja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, mangsa yang berusia 18 tahun telah membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu di sini kira-kira pukul 11 malam pada hari yang sama.

See also  Nilai Impian tenang, tiada perlanggaran SOP

 

Katanya, berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku ketika wanita itu sedang berjalan bersendirian sebelum dihampiri oleh sebuah motosikal jenis Honda C90 yang ditunggang oleh seorang lelaki dari arah belakang.

 

“Lelaki terbabit kemudian bertindak meraba bahagian punggung mangsa sebelum memecut motosikal yang ditunggangnya.

 

“Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu telah membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu pada hari yang sama berhubung kejadian itu, ” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

See also  Empat tahanan lari dari pusat kuarantin Covid-19

 

 

Wan Khairuddin berkata, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), polis mendapati suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 40 hingga 50-an yang menunggang motosikal jenis Honda C90 berwarna coklat.

 

Katanya, berdasarkan semakan nombor siri pendaftaran, polis telah mengenal pasti pemilik motosikal itu yang berasal dari Kuala Lumpur.

 

“Motosikal itu berkemungkinan sudah dijual, namun nama pemilik masih belum ditukar. Sehubungan dengan itu, polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

 

“Kita juga meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui dan mengenali suspek supaya segera menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan,” katanya.

See also  Lagi kes kakitangan hospital cabul pesakit

 

Menurut Wan Khairuddin, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

 

▶️KOSMO! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {VIDEO} Polis buru suspek raba wanita " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363531
Users Today : 150
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10426
Users Last 30 days : 65881
Users This Month : 52549
Users This Year : 363530
Total Users : 363531
Views Today : 187
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16113
Views Last 30 days : 101653
Views This Month : 81452
Views This Year : 560518
Total views : 560519
Who's Online : 10
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares