{Video} Polis panggil Datuk Seri beri keterangan kes tular

Polis panggil Datuk Seri beri keterangan kes tular

Oleh ASLIZA MUSA

30 Mac 2021, 3:52 pm

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

SUNGAI SIPUT – Bekas Timbalan Menteri bergelar Datuk Seri antara individu yang akan dipanggil memberi keterangan berkaitan kes tular kononnya polis menahan perarakan pengebumian mayat dengan kenderaan di Jalan Lintang dekat sini Khamis lalu.

 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, dakwaan itu tidak benar kerana polis tidak menahan kenderaan itu bagi tujuan menghalang perarakan tersebut sebaliknya menasihati mereka agar mematuhi peraturan lalu-lintas.

 

Malah katanya, tiada tindakan mahupun saman dikeluarkan pihak polis ke atas rombongan berkenaan.

 

“Polis akan memanggil beberapa orang termasuk yang didakwa sebagai orang kenamaan untuk memberi keterangan selain media yang telah mengeluarkan berita tidak sahih itu,” katanya ketika ditemui pemberita pada perhimpunan sempena Majlis Peringatan Hari Polis ke-214 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di sini hari ini.

See also  Dakwaan PALSU Mayat Pesakit COVID-19 Dari India Hanyut Ke Sabah

 

Menceritakan insiden tersebut, Mohd. Khaizam memberitahu, kejadian berlaku semasa sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Siput sedang menjalankan rondaan cegah jenayah dan mendapati aliran trafik di lampu isyarat di Jalan Lintang agak terganggu.

 

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, keadaan itu berpunca ekoran tindakan anggota agensi sukarelawan yang memberhentikan dan melencongkan kenderaan bagi memberi laluan kepada perarakan berkenaan.

 

“Tindakan menahan rombongan tersebut bukan bertujuan menghalang atau tidak menghormati mayat tetapi menasihati mereka agar patuh kepada peraturan lalu-lintas.

See also  Hospital Selayang pula sedia kontena khas mayat pesakit Covid-19

 

“Nasihat juga diberikan kepada anggota agensi sukarelawan terbabit agar tidak sewenang-wenangnya melencongkan kenderaan kerana ia bukan di bawah bidang kuasa agensi berkenaan,” katanya.

 

Tambah beliau, selepas menahan rombongan itu, mereka telah membuat provokasi ke atas anggota dan ia bukan tindakan bijak kerana jelas melanggar peraturan.

 

“Berdasarkan maklumat, konvoi itu dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebanyak dua kali dan tindakan tersebut boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

 

“Kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku dan dalam hal ini, polis hanya menjalankan tugas yang diamanahkan untuk kesejahteraan masyarakat dan sekiranya didapati melanggar peraturan, maka sudah tentu tindakan akan diambil,” katanya.

See also  Disangka mati, pesakit Covid-19 bangun sebelum dibakar

 

Terdahulu, beberapa gambar dan video berdurasi 2 minit 19 saat tular di media sosial yang memaparkan provokasi dilakukan beberapa individu termasuk seorang bekas timbalan menteri kerana berang perarakan kenderaan membawa mayat ditahan polis

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video} Polis panggil Datuk Seri beri keterangan kes tular " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378409
Users Today : 2004
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16548
Users Last 30 days : 61799
Users This Month : 5413
Users This Year : 378408
Total Users : 378409
Views Today : 2778
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24655
Views Last 30 days : 94907
Views This Month : 7943
Views This Year : 582637
Total views : 582638
Who's Online : 8
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares