Dari jurutera ke premis cuci kereta

Dari jurutera ke premis cuci kereta

REMBAU – Kesulitan hidup selepas diserang strok selain anak tunggal meninggal dunia dalam kemalangan sedikitpun tidak menjejaskan semangat seorang bekas jurutera untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Sebaliknya, D. Steven, 57, yang kini dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) kategori fizikal tekad mencari rezeki dengan menawarkan khidmat membasuh kereta di bawah Pusat Jagaan

 

Bengkel Mini Desa Rembau, di Kampung Batu Hampar sejak dua tahun lalu.

 

Bekas jurutera elektrik sebuah kilang itu meneruskan perkhidmatan berkenaan bersama dua rakan yang juga OKU, Syed Mohd Khairul Syed Idrus, 28, dan Ariffin Jantan, 41.

 

Menurut Steven, selepas dia diserang strok, dia mengalami masalah untuk bergerak dan daya ingatannya juga menjadi terhad apabila tidak mampu terlalu banyak berfikir mengenai hal kerja

See also  OKU kepala besar ditamatkan bantuan JKM

 

“Bila berfikir terlalu banyak, kepala saya jadi sakit. Saya tidak boleh lagi bekerja. Tak lama lepas tu, satu-satunya anak lelaki tunggal saya Emmanuel yang ketika itu berusia 22 tahun meninggal dunia dalam kemalangan ketika mahu pulang dari tempat belajarnya di Shah Alam ke Rembau.

 

“Saya jadi murung dan jika duduk lama di rumah, saya akan mula terfikirkan anak. Jadi, saya bernaung di bawah bengkel ini dan mula mengisi masa dengan aktiviti berfaedah termasuk menawarkan khidmat membasuh pelbagai jenis kenderaan sejak dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Bengkel Mini Desa Rembau, di Kampung Batu Hampar, di sini semalam.

See also  Hati cekal 'rider kaki besi'

 

Steven berkata, walaupun pekerjaan berkenaan jauh berbeza dengan pekerjaannya dahulu baik dari segi skop kerja dan juga tangga gaji, dia tetap gembira kerana sokongan rakan-rakan di pusat jagaan dan pentadbiran di organisasi berkenaan.

 

“Fikiran saya juga lebih fokus untuk sama-sama menyumbang khidmat di bengkel ini dengan ditugaskan membasuh bahagian luar dan dalam kereta selain menjadi ketua kerja bagi kesemua OKU di sini.

 

Sementara itu, Pengurus Jagaan Bengkel Mini Desa Rembau, Zainudin Bujang, 73, berkata, sejak menawarkan khidmat membasuh kenderaan dua tahun lalu, paling banyak kenderaan yang dibasuh ialah sekitar empat buah kenderaan sahaja terdiri daripada ahli jawatankuasa dan juga kenalan terdekat.

 

Malah menurutnya, kebanyakkan yang hadir lebih banyak berniat untuk bersedekah dan membolehkan OKU yang terdiri daripada masalah fizikal dan lembam ini berdikari serta mendapat duit lebih dari komisien membasuh kenderaan.

See also  [Video-kemaskini]Cik Rohana tergamam terima panggilan PM Keluarga Malaysia

 

“Khidmat ini ditawarkan seawal pukul 8 pagi hinggalah ke 5 petang. Setiap kali kenderaan dibasuh, saya akan memantau kerja-kerja berkenaan terutamanya di peringkat akhir sebelum kenderaan diberikan kepada pelanggan,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dari jurutera ke premis cuci kereta " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367403
Users Today : 2315
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 12035
Users Last 30 days : 64382
Users This Month : 56421
Users This Year : 367402
Total Users : 367403
Views Today : 3461
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18357
Views Last 30 days : 99498
Views This Month : 87299
Views This Year : 566365
Total views : 566366
Who's Online : 10
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares