Lelaki dakwa ‘dibuang’ ditemukan kelaparan

Lelaki dakwa ‘dibuang’ ditemukan kelaparan

 

Nilai: Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan kelaparan selepas dipercayai ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Sompo, Lenggeng di sini, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

uang

Lelaki dianggarkan berusia 50-an itu ditemui orang awam kira-kira 3 petang.

 

Kakitangan Klinik Kesihatan Lenggeng, V Yogeswaran, 30, berkata, lelaki terbabit hanya berbaju t shirt dan berseluar pendek ketika ditemui, selain mendakwa ‘dibuang’ di situ selepas dipukul.

 

Katanya, kejadian itu disedari ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Asoka, Mantin.

See also  Seorang bayi lelaki ditemukan di dalam beg plastik di hadapan sebuah rumah

 

“Saya ternampak polis dan penduduk berkumpul di tepi jalan itu, apabila menghampiri didapati mereka mereka sedang membantu lelaki terbabit.

 

“Ketika ditanya nama dan umurnya, tapi dia cakap tak pasti dan mendakwa ‘dibuang’ di situ selepas dihantar dengan van berwarna putih,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Katanya, tiada pengenalan diri ditemui bersama lelaki itu, dan dia dihantar ke Klinik Kesihatan Lenggeng sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk pemeriksaan lanjut.

 

See also  Warga emas diajak solat jemaah sebelum ditinggalkan di surau

Yogeswaran berkata, dia turut menghubungi Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon untuk tindakan selanjutnya.

 

Sementara itu, Tan Lee Koon ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan menerima kes lelaki terbabit serta mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan pengenalan diri termasuk warisnya.

 

“Buat masa ini lelaki ini masih sedang menerima rawatan di HTJ dan pegawai saya (JKM) tidak boleh melawat untuk mendapatkan maklumat berkenaan keluarganya.

 

“Bagaimanapun, jika ada maklumat berkaitan lelaki ini, mereka boleh terus hubungi saya atau mana-mana pegawai JKM Seremban untuk tindakan lanjut bagi mengesan keluarganya,” katanya.

See also  Berhimpit sesak dalam LRT hampir tiada kesudahannya

 

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki dakwa 'dibuang' ditemukan kelaparan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156683
Users Today : 524
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23338
Users Last 30 days : 78769
Users This Month : 50408
Users This Year : 156682
Total Users : 156683
Views Today : 921
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35334
Views Last 30 days : 121271
Views This Month : 77472
Views This Year : 239862
Total views : 239863
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares