Mikrofon meletup ketika asyik berkaraoke

Mikrofon meletup ketika asyik berkaraoke

Oleh KOSMO!

30 Mac 2021, 4:56 pm

JAKARTA – Kegembiraan seorang lelaki yang sedang asyik berkaraoke berakhir dengan tragedi apabila mikrofon yang dipegangnya secara tiba-tiba meletup dan mengeluarkan asap, lapor laman berita Suara Jogja, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menerusi video yang dimuatnaik di akaun Instagram @smart.gram itu, lelaki berkenaan dilihat sedang duduk dan asyik menyanyi sambil ditemani oleh seorang lagi lelaki di sebelahnya.

See also  Stesen Keretapi Yang Dibuka Untuk Seorang Penumpang Sahaja

Secara tiba-tiba, mikrofon yang dipegangnya meletup sehingga mengeluarkan percikan api dan asap, lantas membuatkan lelaki itu terbaring.

Rakannya yang duduk sebelahnya kelihatan terkejut dengan insiden tersebut, lantas dengan segera berlari keluar, dipercayai untuk meminta bantuan.

Lelaki tersebut kemudiannya kelihatan menggerakkan badannya dengan keadaan dirinya yang masih terbaring.

See also  Video ✓✓Lelaki dari England jalan kaki ke Mekah

Setakat ini, identiti dan keadaan mangsa masih tidak dapat dikenalpasti.

“Saat-saat berlakunya letupan ketika sedang asyik berkaraoke. Setakat ini, keadaan mangsa masih belum diketahui setelah berlakunya letupan tersebut,” tulis akaun @smart.gram dalam hantaran tersebut.

 

Sejak dimuatnaik semalam, video itu mendapat tontonan lebih daripada 100,000 kali dengan ratusan komen yang ditinggalkan oleh pengguna. – Agensi

See also  [Video] Semangat memburu cita-cita jadi Doktor Nenek 99 tahun nekad kembali bersekolah
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Mikrofon meletup ketika asyik berkaraoke " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156045
Users Today : 835
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24440
Users Last 30 days : 79869
Users This Month : 49770
Users This Year : 156044
Total Users : 156045
Views Today : 1446
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36958
Views Last 30 days : 123000
Views This Month : 76277
Views This Year : 238667
Total views : 238668
Who's Online : 1
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares