Padah raba punggung

Padah raba punggung

 

31 Mar 2021

HAZELEN LIANA KAMARUDIN

 

KOTA BHARU – Seorang buruh dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul seorang wanita pada Khamis minggu lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Tertuduh, Amran Abdullah, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli sejurus jurubahasa selesai membaca semua pertuduhan itu.

 

 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan dengan menggunakan kekerasan jenayah kepada seorang wanita berusia 19 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.

 

Kesalahan itu dilakukan di tepi jalan Lorong Limau Manis Jalan Hamzah pada jam 9.40 pagi, 25 Mac lalu.

 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

See also  Warga Myanmar cabul wanita beriadah ditahan

 

Berdasarkan fakta kes, Amran menunggang motosikal di lokasi kejadian dan apabila tiba dari arah belakang wanita itu, dia bertanya sama ada mahu berkahwin dengannya atau tidak.

 

Bagaimanapun, wanita itu menolak pelawaan tertuduh sebelum dia beredar selepas sebuah kereta kebetulan lalu di kawasan itu.

 

Selepas itu, Amran datang menyekat wanita berkenaan dan menyentuh punggung mangsa sebelum terus beredar.

 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh diwakili oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Atikah Abd Halim.

 

Sementara itu, Siti Edabayu meminta agar mahkamah menetapkan hukuman yang setimpal kerana tertuduh mempunyai empat rekod lampau bersabit kes yang sama sebelum ini.

 

“Tertuduh telah melakukan kesalahan berat kerana telah mencabul kehormatan mangsa.

See also  Dimana Nor Afiqah, sila hubungi keluarga segera

 

“Justeru, hukuman yang setimpal dikenakan juga mengambil kira aspek kepentingan awam,” katanya.

 

Siti Atikah dalam rayuannya memohon hukuman yang minimum kerana tertuduh merupakan satu-satunya individu menanggung kedua ibu bapanya yang sudah uzur.

 

“Tertuduh telah menerima hukuman dan kecaman daripada masyarakat kerana kes ini sudah tular di media sosial.

 

“Ia sedikit sebanyak telah memberi pengajaran kepada tertuduh,” katanya.

 

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman penjara selama setahun.

 

Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan, polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai mencabul seorang wanita dalam kejadian di Lorong Limau Manis, Jalan Hamzah di sini minggu lalu.

 

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), polis mendapati suspek yang menunggang motosikal jenis Honda C90 berwarna coklat telah menyentuh bahagian punggung wanita itu

See also  Tiada duit, terpaksa makan nasi sekali sehari'

 

Pautan berkaitan 

{VIDEO} Polis buru suspek raba wanita

 

Polis buru suspek raba wanita   KOTA BHARU – Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai mencabul seorang wanita dalam kejadian di Lorong Limau Manis, Jalan Hamzah di sini kelmarin. Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 pagi ketika mangsa sedang berjalan seorang diri di lorong berkenaan untuk ke tempat kerja. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten…

 

https://alhadi.my/2021/03/28/video-polis-buru-suspek-raba-wanita/

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Padah raba punggung " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124428
Users Today : 3851
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22100
Users Last 30 days : 69773
Users This Month : 18153
Users This Year : 124427
Total Users : 124428
Views Today : 5794
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33573
Views Last 30 days : 108277
Views This Month : 27686
Views This Year : 190076
Total views : 190077
Who's Online : 11
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares