Bayi dihurungi semut ditinggal di belakang rumah

Bayi dihurungi semut ditinggal di belakang rumah

 

SALEMAH Awang menunjukkan gambar bayi yang dijumpai dibuang di belakang rumahnya di Kampung Geliga, Kemaman hari ini. \

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

1 April 2021, 5:48 pm

 

KEMAMAN: Seorang bayi perempuan berlumuran darah ditingalkan di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Geliga di sini, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Semasa ditemukan pada pukul 5.30 pagi, bayi yang diletakkan di atas pasir itu juga dihurungi semut sebelum dijumpai Salemah Awang, 60, yang bersiap untuk keluar bekerja.

See also  (Video) Tular Video Lelaki Ajar Cara Mandikan Bayi, ‘Si Oyen’ Pula Jadi Model

 

Salemah berkata, pada mulanya dia mendengar tangisan bayi tetapi menyangka itu adalah bunyi anak anjing kerana memang haiwan berkenaan banyak berkeliaran di sekitar rumahnya.

 

“Saya membuka tingkap dapur dan ternampak satu objek di atas pasir lalu segera memanggil suami serta anak perempuan untuk memeriksa.

 

“Kami terkejut melihat objek itu rupa-rupanya bayi perempuan yang berlumuran darah dan menangis dihurungi semut,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

See also  Kes buang bayi,pasangan kekasih ditahan

 

Salemah berkata, kejadian tersebut kemudian dilaporkan kepada polis selain anaknya, Saidatul Arwani Ali, 28, kemudian memandikan bayi berkenaan.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, susulan kejadian tersebut, seorang remaja berusia 18 tahun yang dipercayai ibu bayi berkenaan dikesan pihaknya kira-kira 150 meter dari lokasi bayi tersebut dibuang.

 

“Remaja itu mengaku melahirkan bayi itu tanpa pengetahuan keluarga dan meletakkannya di belakang rumah wanita terbabit.

See also  Bayi 11 bulan maut jatuh bangunan

 

“Bayi itu dalam keadaan selamat dan kini berada di Hospital Kemaman,” katanya. – UTUSAN ONLINE

#Update

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bayi dihurungi semut ditinggal di belakang rumah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156685
Users Today : 526
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23340
Users Last 30 days : 78771
Users This Month : 50410
Users This Year : 156684
Total Users : 156685
Views Today : 928
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35341
Views Last 30 days : 121278
Views This Month : 77479
Views This Year : 239869
Total views : 239870
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares