Tarikh lihat anak bulan Ramadan 2021/1442H pada 12 April

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 2021/1442H pada 12 April

 

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia adalah pada Isnin, 12 April ini bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan pada Jumaat menyatakan tempat melihat anak bulan Ramadan dilakukan di 29 lokasi seluruh negara.

 

Tempat tersebut ialah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

See also  Bahagian 3- Kisah benar Perjuangan dan harapan Ibu demi ilmu anak

 

Selain itu, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); manakala di Kedah di Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah di Pulau Langkawi serta Menara Alor Setar.

 

Bagi Terengganu pula ialah di Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut) dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang (Setiu), manakala di Kelantan melibatkan Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram (Kuala Krai) dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak di Kota Bharu.

See also  Tarikh lihat anak bulan Zulhijah pada 10 Julai di 28 lokasi

 

Tiga tempat di Sarawak ialah Esplanade Luak (Miri), Teluk Bandung (Kuching) dan Tanjung Batu (Bintulu); satu lokasi di Sabah iaitu Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan; serta tiga di Pahang merangkumi Bukit Tanjung Batu (Nenasi), Gunung Berincang (Cameron Highlands) dan Bukit Pelindung, Kuantan.

 

Di Wilayah Persekutuan ialah tingkat 13 di Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur serta Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, manakala bagi Perlis pula ialah di Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

 

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

See also  Bayaran BPN 2.0 dipercepat, bermula 21 Januari 2021

 

“Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tarikh lihat anak bulan Ramadan 2021/1442H pada 12 April " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

377908
Users Today : 1503
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16047
Users Last 30 days : 61298
Users This Month : 4912
Users This Year : 377907
Total Users : 377908
Views Today : 1997
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 23874
Views Last 30 days : 94126
Views This Month : 7162
Views This Year : 581856
Total views : 581857
Who's Online : 11
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares