Elak didenda hilang MyKad sanggup buat laporan palsu kena samun

Elak didenda hilang MyKad sanggup buat laporan palsu kena samun

4 April 2021

 

BUKIT MERTAJAM – Hanya kerana mahu mengelak membayar denda, seorang operator kilang sanggup membuat laporan palsu yang mendakwa dirinya disamun dua lelaki di Jalan Perusahaan Baru 2, Perai di sini semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Bagaimanapun, hasil risikan dan soal siasat Inspektor Mohd Hafizul Mohd Azizan dan Cawangan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah berjaya membongkar penipuan lelaki berusia 25 tahun itu.

 

Suspek dakwa disamun dua lelaki di Jalan Perusahaan Baru 2, Perai di sini.

See also  Warga Emas 30 tahun tanpa mykad tinggal dalam pondok dalam hutan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, berdasarkan laporan dibuat suspek, dia memberitahu dirinya disamun dua lelaki menaiki motosikal jenis Honda EX-5 ketika berada di lokasi kejadian pukul 9.30 malam.

 

“Akibat kejadian samun itu, suspek mendakwa kehilangan kad pengenalan, kad bank dan wang tunai sebanyak RM30,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

 

Tambah Shafee, hasil siasatan dilakukan pihaknya mendapati kejadian samun itu tidak berlaku.

 

“Semakan mendapati ini merupakan kali keempat suspek yang bekerja sebagai operator kilang itu kehilangan kad pengenalannya.

See also  Lebih RM4,000 lesap, guna nombor KP sebagai kata laluan

 

“Suspek mengaku membuat laporan polis palsu kerana mahu mengelak bayaran denda daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana tidak tahu di mana kad pengenalannya tercicir,” ujarnya.

 

Tambah Shafee, walaupun kes sebegini kerap kali diingatkan dan diberi amaran melalui laporan media namun masih ada individu tidak bertanggungjawab bertindak sedemikian.

 

“Saya ingin ingatkan kepada orang ramai, jangan hanya kerana mahu mengelak denda mereka sanggup membuat laporan palsu.

 

“Padah lebih buruk iaitu hukuman lebih berat dan sabitan mahkamah yang dikenakan adalah kekal dalam rekod jenayah kepada individu didapati bersalah melakukan kesalahan itu,” kata Shafee. – MalaysiaGazette

See also  Ramai tidak ambil peduli bahaya iklan Penjual Produk Supplemen
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Elak didenda hilang MyKad sanggup buat laporan palsu kena samun " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156033
Users Today : 823
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24428
Users Last 30 days : 79857
Users This Month : 49758
Users This Year : 156032
Total Users : 156033
Views Today : 1406
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36918
Views Last 30 days : 122960
Views This Month : 76237
Views This Year : 238627
Total views : 238628
Who's Online : 4
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares