“Mama, please don’t fix me,” – Kata-kata anak autism ini buat ibu tersentak.

“Mama, please don’t fix me,” – Kata-kata anak autism ini buat ibu tersentak.

Percaturan Allah tidak pernah silap. Setiap apa yang berlaku pasti terkandung hikmah di sebaliknya. Luahan hati ibu yang dikenali sebagai Syahirah Omar ini cukup menyentap rasa.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Jelasnya, sewaktu Lana Darwisya masih kecil, fokusnya lebih kepada ingin ‘memperbaiki’ si anak. Lebih membebankan, pandangan dan kata-kata masyarakat sekeliling yang tidak mahu memahami keadaan ‘kasut’ mereka sekeluarga.

 

Walau bagaimanapun, pesanan Lana buatkannya tersentak. Ulas Lana, pastinya Allah punya sebab tertentu mengapa dia terpilih untuk menerima ujian istimewa ini.

 

Ikuti perkongsiannya.

 

“Pernah tak kita rasa down bila orang tak faham apa yang kita rasa? Bertambah pedih bila sudahlah tak faham, paksa itu ini, dictate kita itu ini.

 

Pasti rasa sedih dan marah kan?

 

Itulah yang anak autistik lalui.

 

Pernah saja aku rasa give up dengan dia. Bukan sekali, bukan dua kali, malah berkali kali. Segala rawatan alternatif, terapi, dan macam-macam supplement aku paksa dia makan. Pergi kelas sana sini, beli barang terapi, semua aku dah buat.

See also  Video✓✓Pengasuh Ditahan Disyaki Dera Kanak-kanak Autisme – Polis

 

Nak ajar dia duduk sekejap je pun dah azab sangat rasanya. Itu belum cerita nak suruh dia pandang muka mama lagi.

 

Dia tak mahu, dia tantrum, dia cederakan diri sendiri. Dia menjerit sekuat hati. Sebab apa? Sebab aku sendiri pun dah tak faham dia.

 

Teringat luahan perasaan Lana bila dia dah besar ni. Dia tulis pesanan buat kita semua mak ayah yang diuji dengan anak istimewa.

 

“Mama, please don’t fix me,

 

We as special kids are the chosen on by Allah and you as a parent, you are the chosen one to raise us. This is your fate that you must accept even it’s hard,”

 

Kemudian part ni memang terus mama menangis.

 

” We came to this world maybe we are not perfect just like other kids. But everybody is not perfect right? We are not defected products by Allah because Allah never make mistakes. There must be a reason why you are the chosen one to have us”

See also  Lebih 1,000 pesakit Covid-19 di Kelantan adalah kanak-kanak

 

Waktu baca ni memang teringat balik sebenarnya waktu dia kecil, aku bukan lebih kepada nak bantu dia. Aku cuma nak fix dia. Aku tak redha pun dia begitu.

 

Mulut cakap redha. Tapi nak terima tu memang berbolak balik hati ni. Biasalah kita manusia.

 

Bukan aku bantu dia dengan penuh kasih sayang, tapi aku cuma mahu dia jadi sepertimana yang aku bayangkan.

 

Bukan aku bantu dia untuk kebaikkan dia, kadang kala cuma mahu dia sama seperti anak anak orang lain yang dilahirkan sempurna. Tekanan dibeza-bezakan, buatkan aku letakkan high expectation pada Lana.

 

Sebab aku cuma mahu dia jadi seperti apa yang aku doakan. Tapi sikit pun aku tak nampak ini hadiah dari Tuhan.

See also  8 khasiat menakjubkan sayur Kale

 

Buat mak ayah,

 

Anak ini amanah. anak ini diberi bukan sekadar untuk dia berkata-kata. Anak ini amanah, bukan untuk dia duduk taat pada kita saja. Allah cuma mahu kita benar benar faham, untuk apa anak ini dihantar kepada kita di dunia.

 

Jika terduduk menangis, sabarlah. Ingatkan semuanya tak pernah sia-sia. Kerana Tuhan sentiasa mempunyai cara yang indah untuk kita hamba-Nya tersenyum semula walaupun ujian sentiasa ada.

 

– Syahirah Omar.”

 

Sumber : Syahirah Omar

Kredit Utusan Malaysia

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " "Mama, please don't fix me," - Kata-kata anak autism ini buat ibu tersentak. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363677
Users Today : 296
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10572
Users Last 30 days : 66027
Users This Month : 52695
Users This Year : 363676
Total Users : 363677
Views Today : 387
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16313
Views Last 30 days : 101853
Views This Month : 81652
Views This Year : 560718
Total views : 560719
Who's Online : 15
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares