##Video## 11 warga Myanmar bergaduh guna besi, kayu ditahan

11 warga Myanmar bergaduh guna besi, kayu ditahan

 

KULAI – Empat pekerja kilang warga asing cedera parah dalam satu pergaduhan di kawasan perindustrian Taman Teknologi Senai di sini kira- kira jam 8 malam pada Rabu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pergaduhan itu melibatkan ramai pekerja warga asing yang menggunakan senjata kayu dan besi.

See also  Lelaki Myanmar maut disambar petir

 

Beliau memberitahu, warga asing yang cedera parah terdiri daripada lelaki warga Pakistan dan India dihantar ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.

 

“Bertindak atas maklumat yang diperoleh, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kulai menahan 11 warga Myanmar berusia antara 20 hingga 30 tahun.

 

“Mereka ditahan reman selama empat hari sehingga 4 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah merusuh dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

See also  Misteri lelaki tua bertongkat terjawab

 

Menurut Beng Yeow, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca pergaduhan tersebut selain sedang mengesan pekerja lain yang terbabit dalam pergaduhan itu.

▶️Sinar Harian

See also  [VIDEO] Polis siasat insiden wanita terjun teksi
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " ##Video## 11 warga Myanmar bergaduh guna besi, kayu ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124404
Users Today : 3827
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22076
Users Last 30 days : 69749
Users This Month : 18129
Users This Year : 124403
Total Users : 124404
Views Today : 5758
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33537
Views Last 30 days : 108241
Views This Month : 27650
Views This Year : 190040
Total views : 190041
Who's Online : 7
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares