Getir menyamar jadi nelayan menyiasat Sindiket Naga Merah Laut Andaman

Getir menyamar jadi nelayan

Kuala Lumpur: Menyamar sebagai nelayan bagi meninjau pulau Koh Lo di Laut Andaman, Thailand diibarat menggadai nyawa kerana pulau kecil berkenaan dikawal ketat sindiket dadah antarabangsa dikenali sebagai Naga Merah.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tugasan ‘ngeri’ ini bertitik tolak daripada maklumat yang dikumpul selama dua bulan selepas terbongkar 23 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand ketika cuba menyeludup syabu dan heroin ke negara ini dianggarkan bernilai RM600 juta.

 

Dilaporkan, semua dadah yang tiba di pulau berkenaan adalah dari Segi Tiga Emas sebelum ia diedarkan ke negara ini dan sekitarnya.

 

Selepas maklumat dikumpul dan dengan persetujuan pengarang kumpulan, penulis bersama Mohd Firdaus Ibrahim dan jurugambar kemudian memulakan perjalanan dengan menaiki kenderaan hingga ke sempadan Bukit Kayu Hitam/Danok.

See also  POLIS PERLIS MULA TEBANG POKOK KETUM

 

Sebaik tiba di sempadan, penulis berjumpa dengan ‘sumber’ yang juga bekas pengedar dadah yang pernah berurusan dengan sindiket terbabit bagi membincangkan kaedah atau cara terbaik untuk meninjau pulau berkenaan.

 

Kami memulakan perjalanan ke Wilayah Trang pada awal pagi dengan menaiki sebuah kenderaan dipandu ‘sumber’ untuk meninjau lebih dekat kegiatan sindiket terbabit di sekitar Laut Andaman atau Pulau Koh Lo yang mengambil masa hampir dua jam perjalanan.

 

Dalam perjalanan, kami diingatkan berkali-kali agar menyimpan rahsia mengenai kegiatan sindiket berkenaan ketika berada di negara itu kerana jika sindiket Naga Merah mengetahuinya kehadiran wartawan, hanya maut yang menanti.

 

Teringat kata-kata ‘sumber’ iaitu, “Jika identiti saya atau kamu semua terbongkar…siapkan lubang kubur kita” agak menakutkan juga, tetapi dalam menjalankan tugasan, pandai-pandailah kita menangani masalah itu.

See also  Dua bergelar Datuk dalang dadah Felda dicekup

 

Untuk mendapat maklumat lanjut, kami bertanyakan mengenai kewujudan pulau kecil berkenaan kepada nelayan tempatan, tetapi rata-rata mereka takut untuk membawa kami ke sana kerana pulau itu hanya boleh dimasuki ahli sindiket sahaja.

 

Hampir berputus asa, ada seorang nelayan sanggup membawa kami dengan bayaran tertentu, tetapi sekadar melihat pulau berkenaan dari jauh saja.

 

Menaiki bot nelayan menyebabkan kami yang tiada biasa dengan laut ‘mabuk free.’ Namun, maklumat daripada nelayan tempatan dan sumber serta tinjauan sudah memadai.

 

Penugasan ke pulau itu adalah satu pengalaman manis buat penulis dan rakan wartawan serta jurugambar kerana dengan pendedahan berita itu, Harian Metro memenangi kategori Gangsa bagi Laporan Pembongkaran Berita Kandungan Editorial yang dianjurkan Persatuan Akhbar dan Penerbit Akhbar Dunia (WAN-IFRA) pada 2017.

See also  Seorang daripada dua suspek menaiki proton waja MAS 175 diberkas polis

 

Sesungguhnya anugerah ini pencetus semangat kepada kami dan wartawan muda untuk terus menghasilkan berita penyiasatan terbaik pada masa depan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Getir menyamar jadi nelayan menyiasat Sindiket Naga Merah Laut Andaman " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370195
Users Today : 1958
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14376
Users Last 30 days : 65601
Users This Month : 59213
Users This Year : 370194
Total Users : 370195
Views Today : 2711
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21481
Views Last 30 days : 101091
Views This Month : 91258
Views This Year : 570324
Total views : 570325
Who's Online : 31
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares