Ibu nekad lempar tiga anak ketika rumah terbakar

Lempar anak menerusi tingkap rumah elak jadi mangsa kebakaran

GUA MUSANG: Seorang ibu nekad melempar tiga anaknya menerusi tingkap rumah sebelum turut melompat keluar demi menyelamatkan nyawa mereka dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Batu Lima, di sini hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian pukul 1.30 petang ini, Rohani Awang, 25, melecur di lengan kanan akibat disambar api manakala salah seorang anaknya, Mohd. Syafiq Haikal Azmi, 3, patah tangan kiri selepas jatuh dari tingkap setinggi kira-kira dua meter.

 

Dua lagi anak wanita itu, Wan Syed Ali, 7, dan Suhada, 2, tidak mengalami kecederaan.

See also  Video✓✓23 rumah setinggan terbakar, 115 keluarga hilang tempat tinggal

 

Menurut Rohani, ketika kejadian dia sedang tidur bersama anak-anak di bilik manakala suami Azmi Abdul Wahab, 44, keluar bersama ibu dan bapanya untuk melawat saudara-mara di Kampung Limau Kasturi, di sini.

 

Katanya, dia terhidu bau asap sebelum terdengar jeritan anaknya mengatakan ada api di bahagian ruang tamu.

 

“Saya terkejut melihat api sudah merebak di hadapan pintu bilik dan nekad melempar anak-anak keluar menerusi tingkap dan seterusnya saya sendiri terjun menerusi tingkap sama,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Gua Musang, di sini hari ini.

 

Kata Rohani, dia bersyukur kerana anak-anaknya tidak mengalami kecederaan serius selepas terjun dari tingkap bilik.

See also  Tabiat buang sampah merata-rata-Lelaki campak telefon Android kekasih, ganti Apple

 

“Kami sekarang sehelai sepinggang kerana rumah ibu mentua saya hangus sepenuhnya dalam kejadian itu,” katanya.

 

Saadah yang ditemui di tapak kebakaran rumah menganggap kebakaran itu sebagai ujian Allah ketika umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan minggu depan.

 

Katanya, semua persiapan menjelang Ramadan termasuk wang belanja sebanyak RM1,500 hasil daripada menoreh getah serta barang kemas miliknya hangus terbakar.

 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd. Arifuddin Akif Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.51 petang.

See also  Anak mencari bapa kandung

 

“Sembilan anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi dan sebaik mereka tiba api sedang marak membakar rumah terbabit,” katanya.

 

Punca kejadian serta kerugian kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ibu nekad lempar tiga anak ketika rumah terbakar " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370522
Users Today : 2285
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14703
Users Last 30 days : 65928
Users This Month : 59540
Users This Year : 370521
Total Users : 370522
Views Today : 3183
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21953
Views Last 30 days : 101563
Views This Month : 91730
Views This Year : 570796
Total views : 570797
Who's Online : 11
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares