Kerani cedera diserang suspek cuba buka seluar

Kerani cedera diserang suspek cuba buka seluar

PETALING JAYA – Tindakan pantas seorang kerani syarikat swasta merakam perbuatan seorang lelaki yang mengganggunya menyebabkan lelaki itu mematahkan hasrat untuk membuka seluar dalam kejadian di Parkir Kondominium You Vista, Persiaran Suntex, Cheras, Kajang di sini kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Bagaimanapun tindakan mangsa yang berusia 24 tahun merakam aksi berkenaan menyebabkan lelaki itu naik berang lalu menyerang mangsa dan memecahkan cermin kenderaannya.

 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima laporan polis dari mangsa kira-kira pukul 2.41 petang pada hari yang sama mendakwa telah diganggu suspek.

See also  Lelaki maut akibat parah di pergelangan tangan, tumbuk pintu cermin masjid

 

“Ketika kejadian mangsa sedang meletakkan kenderaan di kawasan parkir di kondominium itu, secara tiba-tiba dia didatangi suspek yang menunggang motorsikal jenis tidak pasti berhampiran tingkap keretanya.

 

“Suspek dikatakan seperti hendak bertanyakan sesuatu, bagaimanapun percakapannya tidak jelas dan individu tersebut didakwa cuba untuk membuka seluar,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

 

See also  Isu terajang warga Emas Tiada elemen culik, warga emas hanya tumpangkan mangsa

Jelasnya, sebaik menyedari mangsa sedang merakam perbuatannya menggunakan telefon bimbit, suspek membatalkan hasratnya.

 

“Lelaki warga tempatan itu secara tiba-tiba naik marah lalu mengambil satu objek dari dalam bakul motorsikalnya yang dipercayai batu dan bertindak membaling ke arah cermin tingkap kereta mangsa menyebabkan ianya pecah.

 

“Tidak cukup dengan itu, suspek cuba merampas telefon bimbit milik mangsa bagaimanapun tidak berjaya. Mangsa kemudiannya menjerit meminta tolong menyebabkan suspek melarikan diri,” ujarnya.

 

Beliau berkata, ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan ringgan pada bahagian tangan kanan.

See also  Video✓✓Dua Suspek bakar Pondok Polis sudah dicekup

 

InKatanya, kes disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kerani cedera diserang suspek cuba buka seluar " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363044
Users Today : 1183
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9939
Users Last 30 days : 65394
Users This Month : 52062
Users This Year : 363043
Total Users : 363044
Views Today : 1883
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15460
Views Last 30 days : 101000
Views This Month : 80799
Views This Year : 559865
Total views : 559866
Who's Online : 6
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares