Polis tumpaskan Geng Arvind, aktif menyamun sekitar Kulim

Polis tumpaskan Geng Arvind, aktif menyamun sekitar Kulim

 

KULIM: Polis Kulim berjaya menumpaskan satu kumpulan samun yang bergiat aktif di daerah itu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, dengan penangkapan dua lelaki yang dikenali ‘Geng Arvind’ itu, polis percaya telah berjaya menyelesaikan beberapa kes samun yang dilaporkan sejak awal tahun ini.

Beliau berkata, polis turut merampas sebuah motosikal serta serangkai kunci dan topi keledar yang digunakan ketika kejadian serta rampasan sehelai jaket yang disyaki digunakan oleh suspek ketika melakukan kegiatan itu.

 

“Dengan tertangkapnya dua suspek berusia 26 dan 27 tahun ini, polis berjaya membongkar kumpulan samun yang aktif melakukan jenayah samun di daerah ini yang memberi kesan kurangnya kes jenayah samun di sini.

See also  Apa kata undang-undang Malaysia Jika Kita Langgar Peragut?

 

“Bagaimanapun hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya negatif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Azhar berkata, terdapat lebih 10 kes yang dikenal pasti membabitkan kumpulan ini dalam kejadian samun di daerah Kulim.

 

Beliau berkata, kumpulan ini menggunakan hasil daripada aktiviti jenayah samun mereka untuk membeli bekalan dadah jenis syabu.

 

“Bagi kejadian samun yang berlaku, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan ketika samun berkawan) dan sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

 

“Kedua-suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 10 April ini,” katanya.

 

Azhar berkata, modus operandi yang dilakukan suspek adalah dengan bergerak secara berdua dengan menunggang motosikal pelbagai jenis yang disyaki dicuri untuk melakukan jenayah ragut dan samun di sekitar Kulim.

See also  Di mana Che Som?

 

Beliau berkata, suspek akan melakukan pemerhatian di kawasan tempat sibuk seperti pasar pagi dan pasar raya.

“Seterusnya suspek akan melakukan jenayah itu dengan mendapatkan kaum wanita yang berjalan seorang diri sambil memegang beg tangan.

 

“Selain itu, suspek juga akan memakai topi keledar bervisor penuh bersama pelitup muka untuk mengelak dari dikesan sesiapa,” katanya.

 

Menurut Azhar lagi, ketua kumpulan ini dikenali dengan nama panggilan “Arvind” berusia 27 tahun dan mempunyai 10 rekod jenayah lampau membabitkan jenayah samun dan dadah.

 

Beliau berkata, seorang lagi suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan samun, pecah rumah, curi dan dadah.

See also  Buang bayi di perhentian bas, pasangan kekasih ditahan

 

“Kesemua suspek tidak bekerja. Sehubungan itu saya menggesa orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan jenayah samun atau lain-lain kepada polis dengan segera bagi memudahkan sebarang tindakan diambil.

 

“Orang ramai dinasihatkan supaya jangan memberi ruang kepada penjenayah untuk melakukan kegiatan itu,” katanya.

 

 

▶️Astro Awani

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis tumpaskan Geng Arvind, aktif menyamun sekitar Kulim " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363675
Users Today : 294
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10570
Users Last 30 days : 66025
Users This Month : 52693
Users This Year : 363674
Total Users : 363675
Views Today : 384
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16310
Views Last 30 days : 101850
Views This Month : 81649
Views This Year : 560715
Total views : 560716
Who's Online : 12
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares