Wanita parah, warga emas maut dalam dua nahas babitkan ambulans

Wanita parah, warga emas maut dalam dua nahas babitkan ambulans

 

KUCHING: Wanita parah selepas van dipandu suaminya melanggar ambulans yang sedang dalam kecemasan ketika melalui lampu isyarat Jalan Datuk Marican Salleh, di sini, hari ini.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata nahas berlaku kira-kira jam 10.15 pagi ketika ambulans dari Klinik Tanah Putih itu sedang dari Jalan Utama menghala ke Jalan Kwong Lee Bank.

 

Katanya, ambulans berkenaan ketika itu membawa seorang pesakit wanita berumur 23 tahun yang mengadu lemah badan.

“Ketika sampai di lampu isyarat Jalan Datuk Marican Salleh, ketika lampu isyarat hijau, tiba-tiba ambulans dilanggar oleh sebuah van yang keluar dari simpang sebelah kiri dari arah Jalan Datuk Marican Salleh.

See also  Terima Kasih Bobby berjasa besar menyelamatkan penduduk dari kebakaran

 

“Akibat perlanggaran itu, pemandu van persendirian terbabit cedera ringan di kepala manakala isterinya parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang berusia 43 tahun kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) manakala suaminya yang berusia 38 tahun dirawat di Zon Kuning HUS.

Sementara pemandu, seorang pegawai perubatan, jururawat termasuk pesakit dan adik pesakit yang turut berada di dalam ambulans berkenaan tidak cedera.

See also  {Video} Bomba berjaya selamatkan lelaki cuba terjun bangunan

Alexson berkata siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan pemandu van Nissan Venette itu tidak peka dengan siren kecemasan ambulans berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Sementara itu, Alexson berkata, satu lagi kemalangan yang turut membabitkan ambulans berlaku di Kilometer 52 Jalan Sri Aman-Kuching, menyebabkan seorang warga emas berusia 69 tahun dari Rumah Jun, Rapak Tepus, Pantu, maut.

Katanya, nahas berlaku jam 8.45 malam semalam, ketika ambulans dari Klinik Kesihatan Pantu terbabit dalam perjalanan ke Lachau untuk mengambil mangsa kemalangan jalan raya.

“Ketika dalam perjalanan, ambulans itu dipercayai terlanggar mangsa yang melintas jalan di kawasan Rapak Tepus A.

See also  Gaduh kerana seorang wanita, sembilan lelaki ditangkap

“Mangsa, pejalan kaki parah di kepala dan meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke Hospital Sri Aman,” katanya.

Alexson berkata kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita parah, warga emas maut dalam dua nahas babitkan ambulans " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139558
Users Today : 734
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21687
Users Last 30 days : 74214
Users This Month : 33283
Users This Year : 139557
Total Users : 139558
Views Today : 999
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33647
Views Last 30 days : 114814
Views This Month : 51389
Views This Year : 213779
Total views : 213780
Who's Online : 46
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares