Pemuda putus cinta berzikir di ruang akad nikah Jawi

Pemuda putus cinta berzikir di ruang akad nikah Jawi

 

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

7 April 2021, 2:28 pm

 

PUTRAJAYA – Tindakan seorang pemuda yang memasuki ruang majlis akad nikah di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur dengan berkaki ayam dan bersendirian pagi tadi menimbulkan pelbagai persoalan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Lebih mengejutkan, lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu dilihat terus duduk di pelamin sebelum mengalunkan zikir istighfar dan mengaji dengan nada suara yang kuat.

 

See also  Kanak-kanak dakwa didera diserah kembali kepada ibu bapa

Tindakan berkenaan menimbulkan persoalan dalam kalangan kakitangan Jawi di tingkat 3, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga itu sebelum mereka bertindak mendekati dan menenangkan lelaki berkenaan.

 

Difahamkan, lelaki berkenaan mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta.

 

Gambar lelaki berkenaan yang sedang ditenangkan dua pegawai keselamatan Jawi turut dikongsi menerusi laman Facebook jabatan itu hari ini.

 

Sementara itu, seorang kakitangan Jawi yang dihubungi Kosmo! berkata, dia antara orang terawal yang mendekati lelaki berkenaan.

 

Katanya, selepas didekati, lelaki itu sedang duduk di atas kerusi yang dikhaskan untuk bakal pengantin lelaki bagi upacara akad nikah sambil mengalunkan zikir istighfar.

See also  Video@Dibakarnya kereta gara gara cinta tak berbalas

 

“Saya ada bertanya nama dan tujuan dia datang ke sini namun, dia hanya mengangguk dan tidak menjawab sebaliknya terus berzikir.

 

“Saya kemudian membacakan ayat penenang dan minta lelaki itu mengambil wuduk sebelum memberikan dia segelas air,” katanya.

 

Katanya, menerusi perbualan singkat dengan lelaki itu seperti seolah-olah dia baharu putus cinta.

 

Jelasnya lagi, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum lelaki itu dibawa keluar oleh dua anggota polis sejam kemudian bagi tindakan selanjutnya. -K! ONLINE

See also  CCTV Serang kenalan wanita kerana cinta ditolak
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pemuda putus cinta berzikir di ruang akad nikah Jawi " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

371971
Users Today : 586
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15283
Users Last 30 days : 64406
Users This Month : 60989
Users This Year : 371970
Total Users : 371971
Views Today : 887
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22913
Views Last 30 days : 99239
Views This Month : 94025
Views This Year : 573091
Total views : 573092
Who's Online : 14
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares