Putus dua jari kaki dilanggar penjenayah

Putus dua jari kaki dilanggar penjenayah

 

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis putus dua jari kaki kiri akibat dilanggar penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika ditahan untuk pemeriksaan di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan berhampiran Mentari Court, Petaling Jaya, tengah hari tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 34 tahun bersama pasukan Ronda Cegah Jenayah Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti sedang menjalankan tugas ‘snapcheck’ di lorong motosikal lebuh raya terbabit.

See also  Video✓✓Pukau juruwang dan larikan RM1,380

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata pasukan itu menahan seorang penunggang motosikal untuk diperiksa namun dia cuba melarikan suspek dan melanggar mangsa.

 

“Suspek yang berusia 49 tahun berjaya ditahan dan menerusi pemeriksaan tubuh yang dibuat ke atasnya menemui dadah jenis heroin seberat 11.89 gram serta satu botol air disyaki air ketum.

“Bagaimanapun, anggota polis berpangkat Koperal yang dilanggar cedera parah pada bahagian kaki apabila dua jari kaki kirinya putus dan kini dia sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Shah Alam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

See also  Segelintir Polis Di Kesan Amal Gaya Hidup Mewah - Bukit Aman

 

Ku Mashariman berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah dan semakan menunjukkan lelaki itu tiada sebarang rekod jenayah lampau.

 

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

 

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya.

See also  Getir menyamar jadi nelayan menyiasat Sindiket Naga Merah Laut Andaman

▶️Berita Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Putus dua jari kaki dilanggar penjenayah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139430
Users Today : 606
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21559
Users Last 30 days : 74086
Users This Month : 33155
Users This Year : 139429
Total Users : 139430
Views Today : 812
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33460
Views Last 30 days : 114627
Views This Month : 51202
Views This Year : 213592
Total views : 213593
Who's Online : 48
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares