3 geng samun rumah sarang burung walit diburu

3 geng samun rumah sarang burung walit diburu

 

Sibu: Tujuh termasuk ketua Geng Jes yang aktif dalam kegiatan samun rumah sarang burung walit, di sini, ditahan pasukan khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, baru-baru ini.

 

Bagaimanapun, polis masih memburu tiga lagi ahli kumpulan ini yang masih bebas.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya menubuhkan pasukan khas berkenaan sejak dua minggu lalu untuk memburu ahli geng ini yang dianggap amat bahaya kerana bertindak agresif dan bersenjata.

Katanya, kumpulan ini diketuai seorang lelaki dikenali sebagai Jesmond Jackson, dengan ahli kumpulannya terdiri daripada 10 orang lelaki tempatan.

See also  Polis tembak Anak Dan tembak diri sendiri

 

“Geng Jes aktif melakukan samun ke atas rumah sarang burung di sekitar bandar ini termasuk kawasan pedalaman dengan mensasarkan rumah yang dijaga warga Indonesia.

 

“Mereka juga bertindak agresif dengan mengikat mangsa menggunakan tali dan memukul mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

Stanley berkata, kumpulan ini akan memakai topeng, sarung tangan dan membawa beberapa peralatan serta senjata tajam seperti parang, tombak serta kayu yang digunakan untuk menyerang mangsa sebelum memecah masuk ke dalam rumah burung walit.

See also  Pemuda putus cinta berzikir di ruang akad nikah Jawi

 

Menurutnya, Geng Jes sudah terbabit sekurang-kurangnya lapan kes samun dan curi rumah sarang burung walit di sekitar bandar dan pedalaman di sini termasuk daerah berdekatan.

 

Katanya, sarang burung walit yang dicuri dipercayai dijual kepada pembeli yang juga kenalan mereka.

 

Beliau berkata, kesemua suspek yang ditangkap kini dalam tahanan reman dan siasatan masih diteruskan termasuk usaha mengesan dan menangkap tiga lagi ahli kumpulan ini yang masih bebas.

See also  Hutang punca dua beradik bergaduh guna parang

 

“Pihak polis memohon kerjasama daripada orang awam untuk menyalurkan maklumat mengenai suspek ini dengan menghubungi balai polis terdekat atau Inspektor Kumareswaran Murugan di talian 013-8024313,” katanya.

 

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 3 geng samun rumah sarang burung walit diburu " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

372088
Users Today : 703
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15400
Users Last 30 days : 64523
Users This Month : 61106
Users This Year : 372087
Total Users : 372088
Views Today : 1048
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 23074
Views Last 30 days : 99400
Views This Month : 94186
Views This Year : 573252
Total views : 573253
Who's Online : 18
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares