aksi onani di dalam stesen Transit Aliran Ringan

Dalam LRT pun jadi…

 

Subang Jaya: Polis menyiasat kejadian lelaki dipercayai warga India menunjukkan kemaluan dan melakukan aksi onani di dalam stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di USJ 21, di sini, sehingga tular di media sosial.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Amihizam Abdul Shukor berkata, video kejadian itu dimuat naik di laman sosial Twitter oleh pemilik akaun bernama Fishy pada 6 April lalu.

 

Menurutnya, video ini berdurasi selama 10 saat itu menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga India menunjukkan kemaluan dan melakukan aksi onani di dalam pengangkutan awam itu.

See also  {VIDEO} LRT Kelana Jaya terlibat kemalangan, percikan darah merata-rata

 

“Susulan kejadian ini, wanita berusia 19 tahun yang juga saksi dan penumpang dalam LRT itu tampil membuat laporan polis.

 

“Kejadian berlaku pada 8.30 malam, 4 April lalu yang mana wanita terbabit menaiki LRT dari Stesen Alam Megah menuju ke Stesen Taman Melawati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Amihizam berkata, ketika melalui Stesen USJ 21, Subang Jaya, suspek masuk dan duduk di kerusi berhadapan dengan pengadu sebelum melakukan aksi yang tidak senonoh itu.

See also  Pengguna LRT, MRT pada 27 dan 28 Mei diminta jalani ujian jika bergejala

 

“Wanita terbabit sempat merakam sebahagian perbuatan suspek dan sehingga kini, identiti suspek belum diketahui.

 

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan perkataan atau menunjukkan isyarat yang dimaksud bagi mengaibkan kehormatan seseorang,” katanya.

 

Beliau berkata, pihak polis juga amat mengalu-alukan mana-mana masyarakat Subang Jaya dan sekitar yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-56210343 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) untuk tindakan lanjut.

See also  PENGUMUMAN  SARINGAN KESIHATAN  PENUMPANG LRT DAN BAS 1Jun dan 3 Jun 2021

 

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " aksi onani di dalam stesen Transit Aliran Ringan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378440
Users Today : 2035
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16579
Users Last 30 days : 61830
Users This Month : 5444
Users This Year : 378439
Total Users : 378440
Views Today : 2828
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24705
Views Last 30 days : 94957
Views This Month : 7993
Views This Year : 582687
Total views : 582688
Who's Online : 3
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares