Gajah ‘menganggur’ berjalan 500 kilometer pulang ke Surin

THAILAND

 

Gajah ‘menganggur’ berjalan 500 kilometer pulang ke Surin

 

Oleh KOSMO!

8 April 2021, 12:43 pm

 

BANGKOK – Lima ekor gajah bersama gembalanya berjalan 500 kilometer dari Pattaya ke wilayah Surin di timur laut Thailand selepas berputus asa dengan industri pelancongan yang malap, lapor akhbar The Thaiger News kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Gembala itu terpaksa ber­jalan kaki pulang ke Surin ke­rana tidak mampu menyewa treler untuk membawa gajah-gajahnya.

 

Selepas tidak lagi menerima pelancong dari China yang me­rupakan pelanggan utama aktiviti menunggang gajah, dia membuat keputusan untuk kembali ke Surin.

See also  Tidak nampak jalan keluar

 

Gembala tersebut, Napalai Mai-ngam memberitahu akhbar Bangkok Post bahawa dia dan saudara-maranya datang untuk bekerja di resort Tambon Lam Huay Yai, Pattaya lima tahun lalu bersama lima ekor gajah.

Sebelum ini, mereka me­raih pendapatan 75,000 baht (RM9,856) sebulan termasuk tip diberikan pelancong yang menaiki haiwan itu.

 

Bagaimanapun, selepas Thailand menutup sempadannya berikutan pandemik Covid-19, pelancong China tidak lagi mengunjungi resort tersebut, manakala majikan Mai-ngam terpaksa memotong gajinya.

 

Biarpun Thailand memulakan program vaksinasinya, aktiviti pelancongan seperti kem gajah tidak akan kembali ber­operasi dalam masa terdekat.

See also  Jalan berlubang mengancam pengguna

 

Mai-ngam dan keluarganya terpaksa menerima realiti itu dan memulakan perjalanan jauh untuk pulang ke Surin.

 

Bagi mengelak matahari terik, mereka akan berjalan awal pagi ketika cuaca masih sejuk dan berharap jalan-jalan tepi hutan yang dilalui selepas keluar dari Pattaya boleh memberi peluang kepada gajah-gajah itu untuk makan.

 

Keluarga itu menolak wang derma daripada orang ramai kerana enggan perjalanan jauh itu dianggap sebagai publisiti murahan.

See also  Ular sawa kenyang telan kambing 65 kilogram

 

Mai-ngam bagaimanapun berterima kasih kepada orang awam yang memberikan air, buah-buahan dan juga makanan kepada mereka seke­luarga. – Agensi

 

#Kosmo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Gajah ‘menganggur’ berjalan 500 kilometer pulang ke Surin " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148574
Users Today : 181
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23880
Users Last 30 days : 79972
Users This Month : 42299
Users This Year : 148573
Total Users : 148574
Views Today : 238
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36524
Views Last 30 days : 122740
Views This Month : 64654
Views This Year : 227044
Total views : 227045
Who's Online : 21
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares