{Video} PDRM berjaya tangkap Warga Nigeria lari SJR

Fakta Media Kejayaan Tangkapan Bagi (1) Kes Menghalang Penjawat Awam Menjalankan Tugas Di Kajang

 

Pada 10/04/2021 @ 12.25 tengahari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah terima (1) laporan Polis dari Pegawai Kanan Polis tentang kejadian menghalang penjawat awam menjalankan tugas di lokasi SJR 6 Plaza Tol Kajang, Selangor.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Bagi kejadian ini, anggota SJR telah dimaklumkan oleh orang awam sebuah motorkar enggan melalui sekatan jalan raya dan cuba untuk berpatah balik. Dalam kesesakan lalulintas anggota polis telah mengejar dan mengarahkan motorkar tersebut berhenti namun saspek enggan sehingga sampai di persimpangan lampu isyarat merah.

See also  Empat tahanan lari dari pusat kuarantin Covid-19

 

Semasa anggota polis ingin membuat pemeriksaan, saspek kemudian telah memecut laju dan terus melarikan diri. Anggota polis cuba mengejar namun saspek telah berjaya melarikan diri.

 

Bertindak atas maklumat orang ramai, tindakan pantas oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang telah berjaya menahan dan menangkap saspek di pekarangan kawasan parkir kereta di Jalan Ikram – Uniten, 43000 Kajang, Selangor, lebih kurang 4 jam selepas menerima laporan polis tersebut.

 

Dalam kejadian tersebut, pihak polis berjaya mengesan semula motorkar yang digunakan oleh saspek semasa kejadian. Hasil pemeriksaan dapati saspek merupakan (1) lelaki warganegara Nigeria dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah untuk berada di Malaysia.

See also  Video✓✓ Tindakan pantas anggota polis trafik Kuala Lumpur berjaya membantu 3 beranak yang hampir dihanyutkan oleh kepala air di Sungai Klang

 

Saspek kini direman selama (4) hari mulai 11/04/2021 hingga 14/04/2021 bagi melengkapkan siasatan.

 

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini, diseru tampil membantu pihak Polis dengan menghubungi mana-mana Balai Polis terdekat atau boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu SJN Mohd Shafiq Bin Zahari di talian 011-11244128.

 

Kes disiasat di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum dengan denda tidak lebih RM10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit) atau penjara tidak lebih 2 (dua) tahun atau kedua-duanya sekali.

See also  Video✓✓ Tik Tok tanggal gelang 'pink': Remaja dikompaun RM5,000

 

Kenyataan Media Supt. Mohd. Sabri bin Abdullah, T/KPD Kajang

 

Dikeluarkan 11/04/2021 jam 4.45 petang.

 

▶️IPD Kajang

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video} PDRM berjaya tangkap Warga Nigeria lari SJR " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370309
Users Today : 2072
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14490
Users Last 30 days : 65715
Users This Month : 59327
Users This Year : 370308
Total Users : 370309
Views Today : 2863
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21633
Views Last 30 days : 101243
Views This Month : 91410
Views This Year : 570476
Total views : 570477
Who's Online : 17
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares