Bayi Perempuan 14 hari ditinggalkan di luar pintu hospital

Bayi 14 hari ditinggalkan di luar pintu hospital

 

JOHOR BAHRU – Seorang bayi perempuan yang dianggarkan berusia 14 hari dan cukup sifat ditemui ditinggalkan di luar pintu sebuah hospital swasta di sini, malam semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung perkara itu pada pukul 8.45 malam.

Katanya, bayi itu ditemui seorang kakitangan hospital yang bertugas sebagai penyambut tetamu yang terdengar bunyi tangisan.

 

“Lelaki itu yang bertindak menuju ke arah bunyi berkenaan menemui bayi berkenaan sebelum melaporkan perkara tersebut kepada ketua jururawat yang bertugas ketika kejadian.

See also  Kanak-kanak OKU autisma maut terkurung 3 jam dalam van

 

“Pemeriksaan oleh ketua jururawat mendapati bayi yang diletakkan di atas lantai dan lengkap berpakaian itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, kecuali satu tangkal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Mohd. Padzli turut memberitahu, bayi berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sebelum ditempatkan di Wad Kanak-Kanak untuk pemantauan lanjut.

 

“Pemeriksaan dibuat pihak hospital mendapati bayi berkenaan dalam keadaan baik dan dianggarkan berusia 14 hari,” ujarnya.

See also  Penubuhan Pasukan Tentera Pelbagai Kaum

 

Sementara itu beliau berkata, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati seorang suspek wanita kelihatan mengendong bayi dilihat berjalan sekitar kawasan hospital, namun tiada rakaman jelas dimana bayi berkenaan ditinggalkan.

 

“Sehubungan itu, polis memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis JBS di talian 07-2182323.

 

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya,” katanya lagi.-K! ONLINE

See also  JKM kesan waris bayi lelaki

 

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

14 April 2021, 5:41 pm

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bayi Perempuan 14 hari ditinggalkan di luar pintu hospital " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367297
Users Today : 2209
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11929
Users Last 30 days : 64276
Users This Month : 56315
Users This Year : 367296
Total Users : 367297
Views Today : 3295
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18191
Views Last 30 days : 99332
Views This Month : 87133
Views This Year : 566199
Total views : 566200
Who's Online : 18
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares