Detik Cemas 2 warga India dilarikan 10 lelaki

2 warga India dilarikan 10 lelaki

 

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan sekumpulan 10 lelaki disyaki melarikan dua lelaki warga India dari sebuah restoran di Brickfields, di sini, petang semalam.

 

Ketika kejadian kedua-dua mangsa itu dilaporkan ditarik keluar secara paksa oleh kumpulan lelaki terbabit dengan disaksikan pekerja restoran itu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata pada masa ini siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk mengenal pasti lokasi kedua-dua mangsa yang dilarikan.

See also  Geng 18 Dato Suresh', 'Geng 21 Sunder' tumpas

 

“Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua mangsa ini adalah pekerja di sebuah restoran di Pandamaran, Klang, dan mereka melarikan diri selepas majikan gagal membayar gaji.

 

“Mereka yang dikenali sebagai Balamurugan dan Vadi Relu, menumpang di restoran di Brickfields,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Anuar berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, bagi mengenal pasti kedudukan suspek dan mangsa yang terbabit.

See also  Video✓✓ upacara keagamaan di Bayan Lepas tular

 

“Kita juga mendapati seorang mangsa membuat laporan polis Sabtu lalu mengenai majikan mereka yang gagal membayar gaji,” katanya.

 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang dengan salah.

 

Terdahulu tular di laman sosial rakaman suspek melarikan mangsa dipercayai dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

See also  Carut polis kerana lewat ke kelas
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Detik Cemas 2 warga India dilarikan 10 lelaki " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146384
Users Today : 2833
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21690
Users Last 30 days : 77782
Users This Month : 40109
Users This Year : 146383
Total Users : 146384
Views Today : 3878
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32935
Views Last 30 days : 119151
Views This Month : 61065
Views This Year : 223455
Total views : 223456
Who's Online : 45
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares