Kes belasah `bodyguard’, polis rampas jongkong emas dan wang RM28.45 juta

Kes belasah `bodyguard’, polis rampas jongkong emas dan wang RM28.45 juta

 

Klang: 16/4/2021  Penahanan empat suspek berhubung insiden dua pengawal peribadi dipukul majikan kerana berpuasa semalam membongkar sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ‘along’ serta judi haram membabitkan kumpulan itu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ia susulan serbuan dan pemeriksaan di sebuah rumah salah seorang suspek di daerah ini.

 

“Selepas tangkapan dilakukan, kami membuat pemeriksaan dan menemui sejumlah 12,500 keping wang tunai matawang Dollar AS serta 100 keping jongkong emas seberat sekilogram sekeping.

“Jumlah keseluruhan rampasan itu dianggarkan bernilai RM28.45 juta berdasarkan harga emas semasa,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini, tadi.

See also  Polis sedang kenal pasti suspek, mangsa pergaduhan 

 

Beliau berkata, turut dirampas adalah sepucuk pistol, 10 peluru, lima telefon bimbit dan rotan yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

 

Terdahulu, empat suspek berusia dalam lingkungan 35 hingga 43 tahun itu dibawa ke Mahkamah Klang untuk perintah reman pagi semalam.

 

“Salah seorang suspek dikenakan reman tujuh hari manakala tiga lagi direman lima hari. Kesemua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod lampau

 

“Bagi kes di Klang Selatan, polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK); Seksyen 298 KK dan 307 KK.

 

“Kami juga menyiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) serta Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951,” katanya.

See also  Lelaki sokong Israel di TikTok positif dadah

 

Arjunaidi berkata, pihaknya masih menyiasat secara mendalam sindiket berkenaan termasuk berapa lama kumpulan itu bergiat aktif.

 

Katanya, polis juga meminta masyarakat bertenang serta tidak membesarkan isu ini termasuk mengaitkan dengan isu perkauman.

 

Kelmarin tular di media sosial apabila dua pengawal keselamatan mendakwa ditampar, dipukul dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang bukan beragama Islam.

 

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, kedua-dua mangsa ditampar dan dimarahi apabila memberitahu mereka berpuasa ketika berada di lobi sebuah kondominium di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, dalam satu kenyataan memaklumkan berkata, kedua-dua mangsa kemudian mengikut suspek yang berusia 43 tahun itu ke rumahnya di Batu Nilam, Klang, sebelum dipukul dengan sebatang rotan dan diacukan pistol.

See also  [Video]Sukahati dia tendang gelandangan

 

Disiarkan pada: April 15, 2021 @ 2:39pm

Oleh Norzamira Che Noh

am@hmetro.com.my

Pautan Berkaitan

https://alhadi.my/2021/04/14/2-pekerja-di-pukul-kerana-berpuasa/

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kes belasah `bodyguard', polis rampas jongkong emas dan wang RM28.45 juta " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367279
Users Today : 2191
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11911
Users Last 30 days : 64258
Users This Month : 56297
Users This Year : 367278
Total Users : 367279
Views Today : 3273
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18169
Views Last 30 days : 99310
Views This Month : 87111
Views This Year : 566177
Total views : 566178
Who's Online : 30
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares