Lagi iklan judi raya dikesan tular

Lagi iklan judi raya dikesan tular

Video tersebut memaparkan dua pelakon masing-masing seorang lelaki dan wanita menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri apabila mendapat wang daripada aktiviti perjudian. -Video tular

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KUALA LUMPUR: Satu lagi iklan judi raya dikesan tular di media sosial hari ini.

 

Menggunakan judul “Hari Raya Berkaya”, video berdurasi 3 minit 18 saat itu jelas mempromosikan aktiviti judi secara dalam talian.

 

Video tersebut memaparkan dua pelakon masing-masing seorang lelaki dan wanita menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri apabila mendapat wang daripada aktiviti perjudian.

See also  Sindiket judi, forex beroperasi di kondominium mewah diserbu

 

Sebelum ini, tular sebuah iklan memaparkan sekumpulan remaja mempromosi aktiviti sama bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

Ia membawa kepada penahanan lima lelaki dan tiga wanita yang dikesan terbabit dalam pembikinan iklan berkenaan pada Jumaat.

 

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, kesemua mereka berusia di antara 24 dan 47 tahun itu direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

 

Iklan Hari Raya | Lapan individu ditahan terlibat iklan promosi judi

See also  Video✓✓ Kompaun RM62,000 berhimpun memperingati korban Covid-19.

 

Jelasnya, siasatan akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon di dalam video tersebut.

 

Video yang tular sejak 15 April lalu itu mengundang kecaman serta membangkitkan kemarahan masyarakat khususnya yang beragama Islam.

 

Video Tular | Iklan judi hina agama Islam – JAKIM

 

Iklan tersebut yang pada mulanya menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri kemudiannya bertukar kepada promosi aktiviti perjudian bagi mendapatkan wang untuk menyambut perayaan dengan meriah.

 

Iklan Judi Raya | Pelakon akui silap, patut ambil tahu isi kandungan

See also  Anggota bomba diserang dari belakang selepas didakwa lewat tiba memadamkan kebakaran

 

Astro AWANI sedang cuba mendapatkan reaksi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penularan video terbaharu ini.

Pautan berkaitan

Semua pelakon video iklan raya promosi judi online dicekup polis

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lagi iklan judi raya dikesan tular " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148584
Users Today : 191
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23890
Users Last 30 days : 79982
Users This Month : 42309
Users This Year : 148583
Total Users : 148584
Views Today : 254
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36540
Views Last 30 days : 122756
Views This Month : 64670
Views This Year : 227060
Total views : 227061
Who's Online : 15
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares