Pukul pelajar sekolah kerana ‘vadai’, 5 ditahan polis

 

Mangsa dipercayai dikepung dan ditampar kerana mempersendakan seorang individu yang digelar “Abang Vadai”.

Insiden yg berlaku di Taman Daya,JB. Kecil2 dah pandai buli dan tunjuk gangster. Sampah masyarakat sebegini menjadikan suasana tidak tenteram.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pukul pelajar sekolah kerana ‘vadai’, 5 ditahan polis

FMT Reporters -April 16, 2021 10:33 PM

 

video tular berdurasi 53 saat itu, seorang pelajar Tingkatan Dua dilihat dipukul di bahagian muka oleh sekumpulan lelaki.

JOHOR BAHRU: Polis menahan lima remaja lelaki berusia antara 15 hingga 17 tahun susulan video kejadian pelajar Tingkatan Dua ditampar dan dikepung tular di media sosial hari ini, kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Mohd Padzli Mohd Zain.

See also  Polis berjaya pujuk hantar balik warga emas ke rumah

 

Padzli dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku akibat rasa tidak puas hati suspek kerana beranggapan mangsa mengejek adik saudaranya.

 

“Oleh demikian, suspek bersama empat rakannya telah bertindak menyerang dan memukul pengadu beberapa kali pada bahagian muka,” kata beliau.

 

Terdahulu, FMT melaporkan polis sedang menyiasat kejadian pelajar tersebut yang dipukul dalam serangan melibatkan sekumpulan remaja, seperti dilihat dalam video tular tersebut.

See also  Demi anak murid Cikgu Aniza nekad redah hujan hantar bahan pembelajaran

 

Berdasarkan video berdurasi 53 saat yang dilihat FMT, mangsa dipercayai dikepung dan ditampar kerana mempersendakan seorang individu yang digelar “Abang Vadai”.

 

Salah seorang remaja itu mengancam akan mencederakan mangsa sekiranya dia bercakap mengenai “Abang Vadai”.

 

Menurut Mohd Padzli, kes sedang disiasat bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, sekiranya sabit kesalahan.

See also  Pergaduhan  di Changkat, Bukit Bintang didakwa , 3 didakwa 4 masih bebas

 

Kes ini turut mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia M Saravanan, yang sedih dengan serangan ke atas pelajar itu, dan menerusi catatan di Instagram, beliau bertanya: “Siapa ‘vadai’?”

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pukul pelajar sekolah kerana ‘vadai’, 5 ditahan polis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156046
Users Today : 836
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24441
Users Last 30 days : 79870
Users This Month : 49771
Users This Year : 156045
Total Users : 156046
Views Today : 1449
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36961
Views Last 30 days : 123003
Views This Month : 76280
Views This Year : 238670
Total views : 238671
Who's Online : 3
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares