Saya Bertengkar Dengan Peniaga Kerana Tak Mahu Mereka Rugi

‘Saya Bertengkar Dengan Peniaga Kerana Tak Mahu Mereka Rugi’ – Norhizam

1,105 total views, 4 views today

Norhizam berkata beliau bagaimanapun tidak akur dengan kehendak segelintir peniaga terbabit kerana sedar jika dituruti, ia akan mengundang masalah yang lebih besar.

 

MELAKA: “Saya bertengkar dengan peniaga kerana tak mahu pasar Ramadan ditutup kerajaan negeri sekali gus menyebabkan mereka rugi,” kata Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Beliau berkata tindakannya ‘memarahi’ peniaga di Pasar Ramadan Peringgit, dalam satu video yang tular sejak petang semalam, supaya mereka patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

See also  Nekad Terajang Babi Turun Minyak Cedera akibat terkena jerat

 

“Saya mengunjungi pasar Ramadan berkenaan kira-kira jam 6 petang untuk melihat SOP yang dilaksanakan penganjur di kawasan berkenaan.

 

“Bagaimanapun, ada segelintir peniaga terutama yang berniaga di hujung pasar berkenaan, yang minta supaya kerajaan benarkan dua jalan masuk dan dua jalan keluar dibuka di pasar Ramadan berkenaan sekali gus melanggar SOP yang menetapkan hanya satu jalan masuk dan satu jalan keluar dibuka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Norhizam berkata beliau bagaimanapun tidak akur dengan kehendak segelintir peniaga terbabit kerana sedar jika dituruti, ia akan mengundang masalah yang lebih besar.

See also  Budak nekad panjat bumbung, kibar bendera putih bantu nenek

 

“Pasar Ramadan berkenaan menggunakan sistem kupon di mana kita boleh mengehadkan jumlah pengunjung, namun jika dibuka dua jalan masuk akan menyebabkan keadaan tersebut tidak dapat dipantau dengan rapi dan menyebabkan keadaan luar kawalan.

 

“Perkara ini juga telah dibincangkan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mereka bersetuju hanya satu jalan masuk dan satu jalan keluar dibenarkan,” katanya.

 

Katanya sebahagian besar peniaga lain serta pengunjung juga faham dengan SOP yang ditetapkan kerajaan dalam usaha bersama mencegah penularan wabak COVID-19 yang masih berlaku ketika ini.

See also  Seperti dijangka terbongkar kenapa minyak paket sering lesap dari pasaraya ini jawapannya.

 

“Kerajaan negeri terpaksa mengetatkan SOP demi memastikan tiada kejadian tidak diingini khususnya penularan COVID-19 dan untuk melindungi kepentingan peniaga sendiri juga,” katanya.

 

— BERNAMA

 

2021-04-15

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Saya Bertengkar Dengan Peniaga Kerana Tak Mahu Mereka Rugi " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156030
Users Today : 820
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24425
Users Last 30 days : 79854
Users This Month : 49755
Users This Year : 156029
Total Users : 156030
Views Today : 1393
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36905
Views Last 30 days : 122947
Views This Month : 76224
Views This Year : 238614
Total views : 238615
Who's Online : 3
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares