Lelaki dipercayai ejen pembikinan dua video judi raya diburu polis

Lelaki dipercayai ejen pembikinan dua video judi raya diburu polis

 

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai bertindak sebagai ejen kepada pembikinan dua video judi raya secara dalam talian yang tular di media sosial sejak semalam.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, lelaki berusia 35 tahun itu dikehendaki kerana terlibat dalam sebaran video mempromosikan perjudian dalam talian.

 

“Terbaharu, kita telah menahan seorang suspek yang kita percaya boleh membantu siasatan dalam kes tersebut (video pertama).

See also  Bekas Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman didakwa langgar SOP

 

“Kita ada maklumat seorang lelaki bernama Loh Kee Hoe berumur 35 tahun, kita percaya boleh membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di IPD Dang Wangi pada Sabtu.

 

Mengulas lanjut, jelas Mohamad Zainal, daripada lapan individu yang ditahan sebelum ini, dua individu akan direman bermula esok.

 

“Daripada lapan (individu) kita tahan, dua orang kita reman 17 sehingga 21 April depan, manakala enam orang lagi kita tidak dapat tahan reman kerana ditolak oleh Majistret.

See also  Warga Emas Layan Judi Mahjong kerana bosan terkurung DUDUK RUMAH

 

“Mereka ini hanyalah pelakon, mereka berikan kerjasama dan peguam mereka berjanji untuk beri kerjasama apabila diperlukan,” katanya lagi.

 

Dua individu itu, tambah Mohamad Zainal, ialah penerbit dan jurukamera yang dipercayai terlibat dalam pembikinan video pertama judi raya yang tular sejak semalam.

 

Kes disiasat dibawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) dan Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

See also  Polis cari penunggang motosikal ketuk cermin kereta depan PGRM Cheras

 

▶️Astro Awani

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki dipercayai ejen pembikinan dua video judi raya diburu polis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156770
Users Today : 611
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23425
Users Last 30 days : 78856
Users This Month : 50495
Users This Year : 156769
Total Users : 156770
Views Today : 1145
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35558
Views Last 30 days : 121495
Views This Month : 77696
Views This Year : 240086
Total views : 240087
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares