Polis siasat kes video tular bertengkar di restoran makanan segera

Polis siasat kes bertengkar di restoran makanan segera

 

Ruwaida Md Zain

am@metro.com.my

 

Shah Alam: Polis sedang menyiasat satu kejadian pertengkaran di sebuah restoran makanan segera semalam di Klang yang kini tular di media sosial.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, dalam kejadian 1.30 petang itu, berlaku perselisihan faham membabitkan dua pihak yang mana semasa kejadian, ada terkeluar perkataan yang mungkin agak sensitif.

 

“Dalam perselisihan faham ini, satu pihak tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh kakitangan restoran makanan segera itu dan pada masa sama, ada pihak yang merakam.

See also  Berjudi di Maeps: Polis buka kertas inkuiri

 

“Bila berlaku perkara ini, sepanjang pertengkaran itu ada perkataan perkataan yang mungkin menyinggung atau tidak sepatutnya dikeluarkan.

 

“Pertengkaran dileraikan sepasukan polis yang menjalankan pemantauan di lokasi kejadian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

 

Mengulas lanjut, katanya, polis sudah memanggil semua pihak yang terbabit dalam kejadian itu termasuk individu yang merakamkan kejadian itu.

 

“Jadi, siasatan sudah dijalankan. Kita sudah memanggil semua saksi dan mereka yang terbabit. Saya harap tiada pihak cuba memanaskan isu terbabit, kedua pihak ini sudah berjumpa dan berbincang.

See also  Elak didenda hilang MyKad sanggup buat laporan palsu kena samun

 

“Kertas siasatan akan disiapkan segera akan dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

 

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Sehubungan itu, Arjunaidi menasihatkan orang ramai untuk mengawal kemarahan dalam apa juga situasi dan tidak mengambil undang-undang sendiri kerana negara ada undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi.

 

“Jika marah sekalipun, marah dengan santun, kerana ia akan menciptakan situasi lebih baik. Hati boleh panas tapi lidah kita biarlah tetap dingin agar tidak melukai perasaan orang lain.

See also  {VIDEO Tular} Dua jiran gaduh kerana parkir kereta

 

“Marah kalau tidak kawal dan kalau ada orang terus mengapi-apikan, bukan hanya merugikan semua pihak malah boleh ‘menikam’ diri sendiri,” katanya.

 

Disiarkan pada: April 18, 2021 @ 3:14pm

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis siasat kes video tular bertengkar di restoran makanan segera " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363589
Users Today : 208
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10484
Users Last 30 days : 65939
Users This Month : 52607
Users This Year : 363588
Total Users : 363589
Views Today : 272
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16198
Views Last 30 days : 101738
Views This Month : 81537
Views This Year : 560603
Total views : 560604
Who's Online : 5
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares