Remaja OKU mangsa pukul trauma, sangka sudah mati

Remaja OKU mangsa pukul trauma, sangka sudah mati

 

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

18 April 2021, 9:15 am

 

GEORGE TOWN – Remaja orang kelainan upaya (OKU), Iznul Hakim Mohd. Nor yang parah dibelasah seorang pemandu kereta dengan topi keledar masih dibaya­ngi dengan kejadian itu yang berlaku pada 1 April lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Iznul Hakim, 21, berkata, dia kerap termenung dan sesekali masih tertanya-tanya punca dipukul oleh lelaki tersebut sehingga mengalami kecederaan di muka dan pendarahan di kedua-dua matanya.

 

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, ekoran kejadian tersebut, dia terpaksa dirawat selama lebih dua minggu di Hospital Pulau Pinang HPP di sini.

See also  Angkara hutang seorang lelaki maut ditikam

 

“Saya ingat dah (sudah) mati sebab selepas dipukul saya sudah tidak sedarkan diri. Sebaik tersedar, saya berada atas katil hospital.

 

“Kenapa dia (pemandu Suzuki Swift) memukul saya?. Tiba-tiba kena pukul, sedangkan saya tak kenal dia,” katanya ketika ditemui semalam.

 

Sementara itu, kakak Iznul Hakim, Izzati Haswani, 26, berkata, adiknya yang mesra dipanggil Hakim dibenarkan keluar wad HPP petang semalam setelah lebih dua minggu menerima ra­watan.

 

“Doktor memaklumkan dia (Iznul Hakim) tidak perlu lagi menjalani pembedahan disebabkan bebola mata­nya dalam kea­daan baik.

See also  Video@Dua suspek rekod dadah tikam warga emas hingga maut diberkas.

 

“Cuma sekarang dia banyak mendiamkan diri berbanding sebelum ini seorang yang aktif dan banyak cakap,” katanya.

 

Pada 1 April lalu, pemandu Suzuki Swift berusia 30 tahun dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengah-Bayan Baru di sini pada pukul 2.50 petang.

 

Sebelum kemalangan itu, pada pukul 2.30 petang, suspek dikatakan menyerang dan memukul seorang remaja OKU di sebuah kedai menjual pakaian terpakai di Sungai Tiram.

 

Rakaman video 1 April 2021 menunjukkan perlanggaran yang menyebabkan suspek maut.

 

See also  Rakaman Dashcam kejadian kemalangan 5 kereta dan sebuah lori  

 

Selepas kejadian itu, suspek yang dipercayai mengalami tekanan jiwa atau kemurungan kemudian melarikan diri dengan memandu kereta sebelum maut selepas merempuh dua kende­raan lain. -K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Remaja OKU mangsa pukul trauma, sangka sudah mati " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139836
Users Today : 1012
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21965
Users Last 30 days : 74492
Users This Month : 33561
Users This Year : 139835
Total Users : 139836
Views Today : 1391
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34039
Views Last 30 days : 115206
Views This Month : 51781
Views This Year : 214171
Total views : 214172
Who's Online : 32
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares