Tiga pelajar laku amang seksual dihantar ke Sekolah Henry Gurney

Tiga pelajar laku amang seksual dihantar ke Sekolah Henry Gurney

 

Zatul Iffah Zolkiply

zatuliffah@hmetro.com.my

 

Kuala Terengganu: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, mengarahkan tiga pelajar dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka kerana melakukan amang seksual fizikal dan bersubahat melakukan perbuatan itu ke atas empat rakan mereka berusia antara 12 dan 13 tahun.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketiga-tiga pelajar di sebuah institusi swasta berusia antara 16 hingga 17 tahun itu diarahkan menjalani hukuman berkenaan selama tiga tahun.

See also  Ain Husniza terima notis tuntutan RM1 juta

 

Selain itu, dua lagi rakan mereka berusia 13 tahun dihantar ke Asrama Akhlak Rusila, Marang selama satu tahun atas kesalahan sama.

 

Semua tertuduh berusia 13 hingga 17 tahun berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a), Seksyen (b) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK ) 2017 serta Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

 

See also  ????️Video palsu Stadium Shah Alam dijadikan tempat pesakit COVID-19

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Ogos 2020 hingga Januari lalu di institusi berkenaan di Kuala Nerus.

 

Tiga lagi tertuduh berusia antara 13 hingga 16 tahun turut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 109 KK kerana bersubahat melakukan kesalahan itu.

 

Bagi kesalahan mengikut AKSTK 2017, semua tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Ka Full dan Nur Nabihah Hanin Ayim manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

See also  Pukul pelajar sekolah kerana ‘vadai’, 5 ditahan polis

 

Disiarkan pada: April 19, 2021 @ 7:32pm

 

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tiga pelajar laku amang seksual dihantar ke Sekolah Henry Gurney " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363548
Users Today : 167
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10443
Users Last 30 days : 65898
Users This Month : 52566
Users This Year : 363547
Total Users : 363548
Views Today : 212
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16138
Views Last 30 days : 101678
Views This Month : 81477
Views This Year : 560543
Total views : 560544
Who's Online : 14
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares