Wanita cedera terkena sabit

Wanita cedera terkena sabit

 

Bukit Mertajam: Seorang kerani wanita cedera di dahi ketika menghalang jiran sebelah rumahnya yang bersenjatakan sabit yang cuba mencederakan bapanya di Taman Permatang Tinggi Indah, di sini, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pada kejadian 4.10 petang itu, wanita berusia 27 tahun berkenaan melihat pertengkaran mulut antara bapanya yang berusia 52 tahun dan jiran lelaki berusia 42 tahun di hadapan laman rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pada ketika itu. jiran lelaki berkenaan memegang sebilah sabit dan mengacukannya ke arah bapa wanita terbabit.

See also  Video✓✓Polis cari dua lelaki bergaduh depan kedai

 

“Wanita itu yang bimbang akan keselamatan bapanya kemudian cuba menghalang jirannya, namun dia pula yang cedera apabila dahi di sebelah kirinya terkena sabit berkenaan.

 

“Sejurus kejadian itu, suspek terus melarikan diri dan wanita itu yang berlumuran darah pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Butterworth,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

See also  Video@Samseng sasar gangguan seksual keatas wanita akhirnya terima padah.

 

Jelasnya, polis yang dimaklumkan mengenai insiden pergaduhan terbabit bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.

 

“Melalui siasatan yang dijalankan mendapati punca pergaduhan itu adalah disebabkan salah faham hingga berlaku pertengkaran mulut antara jiran yang tinggal bersebelahan.

 

“Ini kerana jiran (suspek) tidak berpuas hati dan memarahi bapa wanita itu kerana air basuhan najis burung merpati didapati masuk ke kawasan rumahnya,” katanya.

 

Shafee berkata, polis merampas sebilah sabit yang digunakan dalam insiden terbabit dan usaha mengesan suspek yang melarikan diri giat dijalankan.

See also  ????️ Guna duit tanpa izin punca wanita didera pasangan suami isteri

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

 

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita cedera terkena sabit " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378389
Users Today : 1984
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16528
Users Last 30 days : 61779
Users This Month : 5393
Users This Year : 378388
Total Users : 378389
Views Today : 2734
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24611
Views Last 30 days : 94863
Views This Month : 7899
Views This Year : 582593
Total views : 582594
Who's Online : 9
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares