Kanak-kanak tiga tahun berkelakuan aneh positif dadah, bapa tiri dicari

Kanak-kanak tiga tahun berkelakuan aneh positif dadah, bapa tiri dicari

“Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang lelaki terbabit boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai, Asisten Superitendan Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-8005225 atau pegawai pegawai penyiasat Inspektor Rozainita Aida Mohamed Bakri di talian 011-33330025, Inspektor Normi Hashim di talian 013-6949623 atau balai polis berhampiran,”

 

NILAI – Kebimbangan seorang ibu yang melihat anak lelakinya yang berusia tiga tahun berkelakuan aneh terjawab apabila anaknya didapati positif dadah.

 

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, perkara itu disahkan oleh doktor yang bertugas di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur yang merawat mangsa.

See also  Sindiket Macau Scam guna portal MyEG, JPJ dan SPR cungkil maklumat mangsa, 22 ditahan

 

“Pada 15 April, ibu kanak-kanak berkenaan telah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah melihatnya berkelakuan aneh dan tidak seperti biasa.

 

“Rawatan dilakukan telah mengesahkan air kencing mangsa adalah positif dadah jenis amphetamine dan methapetamine,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

 

Menurutnya, siasatan awal mendedahkan pada 14 April lalu, mangsa telah dijaga oleh ayah tirinya berusia 38 tahun di Nilai.

See also  VIDEO ✓✓Ah long baling petrol, bakar halaman rumah

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Sehubungan itu katanya, polis sedang mengesan bapa tiri mangsa iaitu Mohd Faresh Khalid (gambar) yang bekerja sebagai tukang jahit beralamat di Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Taman Desa Jasmin, Nilai.

Mohd Fazley berkata, suspek dikehendaki untuk membantu siasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang lelaki terbabit boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai, Asisten Superitendan Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-8005225 atau pegawai pegawai penyiasat Inspektor Rozainita Aida Mohamed Bakri di talian 011-33330025, Inspektor Normi Hashim di talian 013-6949623 atau balai polis berhampiran,”katanya.

See also  Lelaki mengamuk guna sabit positif dadah

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kanak-kanak tiga tahun berkelakuan aneh positif dadah, bapa tiri dicari " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155665
Users Today : 455
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24060
Users Last 30 days : 79489
Users This Month : 49390
Users This Year : 155664
Total Users : 155665
Views Today : 745
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36257
Views Last 30 days : 122299
Views This Month : 75576
Views This Year : 237966
Total views : 237967
Who's Online : 6
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares