Pasangan kekasih ‘kantoi’ guna borang rentas negeri palsu

Pasangan kekasih ‘kantoi’ guna borang rentas negeri palsu

Kuala Lumpur: Padah menggunakan borang rentas negeri yang dipalsukan, pasangan kekasih ditahan selepas cuba membeli tiket bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Salak Selatan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kedua-dua mereka berusia 38 dan 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 malam semalam.

 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pada mulanya, lelaki berkenaan sudah membeli tiket bas ke Pulau Pinang untuk teman wanitanya yang juga warga Vietnam.

See also  Mangsa abang askar minta netizen tak buat kesimpulan sendiri

 

Menurutnya, kakitangan kaunter yang menjual tiket berasa curiga dan mendapati borang rentas negeri itu meragukan sebelum membawa pasangan terbabit ke Pondok Polis TBS untuk siasatan lanjut.

 

“Hasil siasatan mendapati, borang rentas negeri berkenaan pernah dikeluarkan sebelum ini namun terdapat beberapa pindaan dibuat ke atas borang itu.

 

“Kedua-duanya ditahan dan dimasukkan ke lokap di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 22 (d) Akta 342,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

See also  Polis berjaya selamatkan Dua warga India mangsa dera bekas penyelia  

 

Mengulas lanjut, Mohamed Mokhsein berkata, perintah reman dibenarkan selama sehari terhadap suspek lelaki mengikut seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

 

“Manakala, ke atas perempuan Vietnam dibenarkan selama empat hari bermula hari ini. Saya ingin memberi peringatan kepada orang ramai untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) ditetapkan dan arahan semasa pihak berkuasa dalam sama-sama menangani penularan penyakit Covid-19 ketika ini,” katanya.

See also  Pengsan dalam bas bukan sebab COVID-19

 

sumber harian metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pasangan kekasih 'kantoi' guna borang rentas negeri palsu " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146125
Users Today : 2574
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21431
Users Last 30 days : 77523
Users This Month : 39850
Users This Year : 146124
Total Users : 146125
Views Today : 3530
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32587
Views Last 30 days : 118803
Views This Month : 60717
Views This Year : 223107
Total views : 223108
Who's Online : 56
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares