PDRM TUMPASKAN SINDIKET MEMPERDAGANGKAN MANUSIA GUNA LAMAN SESAWANG UNTUK TUJUAN PELACURAN

PDRM TUMPASKAN SINDIKET MEMPERDAGANGKAN MANUSIA GUNA LAMAN SESAWANG UNTUK JALANKAN AKTIVITI PELACURAN

 

Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran atas talian selepas membuat serbuan di sebuah Hotel kawasan Georgetown, Pulau Pinang.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Serbuan pada 19/4/2021 jam lebih kurang 11.35 malam itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Timur Laut.

 

Seramai dua orang lelaki tempatan berusia 36 hingga 37 tahun dan seorang perempuan berusia 31 tahun telah berjaya ditangkap dalam operasi tersebut.

See also  Video ✓✓ tular dua lelaki gelang 'pink' bonceng motor, rupanya...

 

Seorang wanita warganegara asing yang dijadikan mangsa pelacuran oleh sidiket ini berjaya diselamatkan di sebuah Hotel di Georgetown dan seorang lagi mangsa berjaya di selamatkan di sebuah Kondominium di kawasan Batu Ferringhi.

 

Siasatan awal mendapati sindiket ini beroperasi dengan mengiklankan gambar-gambar mangsa di laman sesawang untuk aktiviti pelacuran. Sindiket akan menetapkan masa dan jumlah bayaran seterusnya menghantar mangsa kepada pelanggan ke destinasi yang di persetujui.

 

Sindiket ini menyasarkan warga tempatan dan warga asing dengan mengaut keuntungan ribuan ringgit sebulan hasil daripada memperdagangkan manusia melalui aktiviti pelacuran.

See also  Video ✓✓Cubaan mencuri motor ketika hujan berjaya digagalkan dengan satu jeritan

 

Semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh juga didenda.

 

PDRM memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terlibat dengan sindiket seperti ini. Tindakan tegas akan diambil keatas pesalah mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada. Selain itu, aktiviti seperti ini juga meningkatkan risiko penyebaran Virus Covid – 19 secara tidak langsung.

See also  Ops Ubah Suai Ekzos diperluas ke kawasan perumahan

 

Maklumat dan kerjasama masyarakat dalam membenteras jenayah amat dialu-alukan.

 

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah (PDRM) IPK Pulau Pinang

 

[yasr_overall_rating size=”medium”]

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " PDRM TUMPASKAN SINDIKET MEMPERDAGANGKAN MANUSIA GUNA LAMAN SESAWANG UNTUK TUJUAN PELACURAN " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133188
Users Today : 1583
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20500
Users Last 30 days : 69203
Users This Month : 26913
Users This Year : 133187
Total Users : 133188
Views Today : 2540
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31883
Views Last 30 days : 108225
Views This Month : 41859
Views This Year : 204249
Total views : 204250
Who's Online : 5
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares