Penghantar makanan terima 9 jahitan di kepala dipukul suami pelanggan

Penghantar makanan terima 9 jahitan di kepala dipukul suami pelanggan

 

Georgetown: Penganggur berusia 31 tahun ditahan kerana disyaki memukul penghantar makanan dalam kejadian di perkarangan sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, di sini, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian itu menyebabkan mangsa menerima sembilan jahitan di kepala akibat dipukul dengan penukul besi.

 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, terdahulu ketika kejadian, mangsa yang juga lelaki berusia 40 tahun menghantar makanan yang ditempah seorang wanita iaitu pada 4.10 petang.

See also  Bomba berhempas pulas sejam tangkap lelaki kurang siuman mengamuk. Bomba Hero !

 

Sebaik tiba, penghantar makanan terbabit menunggu lama pelanggannya itu di lokasi bagi menyerahkan makanan.

 

“Penghantar makanan itu menghubungi wanita berkenaan berkali-kali bagi memaklumkan bahawa dia sudah tiba di lokasi namun panggilan tidak dijawab.

 

“Wanita terbabit datang bagi mengambil makanan 10 minit kemudian sebelum penghantar makanan berkenaan beredar pulang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 

Mengulas lanjut Soffian berkata, kira-kira 20 minit kemudian mangsa dihubungi suspek yang juga suami wanita itu, kononnya mahu memulangkan semula makanan.

See also  Suami-isteri Bertengkar pasal agihan harta berakhir dengan maut

 

Ketika tiba di perkarangan rumah suspek, berlaku pertengkaran antara pengganggur itu dengan mangsa.

 

“Suspek menuduh mangsa memarahi isterinya berkaitan penghantaran makanan dan berlaku pertengkaran antara kedua-duanya. Suspek kemudian memukul kepala mangsa dengan menggunakan penukul besi,” katanya.

 

Susulan laporan polis yang dibuat mangsa, Soffian berkata, suspek ditahan di rumahnya pada 11.15 malam tadi.

 

“Turut dirampas ialah penukul besi yang digunakan sebagai senjata bagi memukul mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat ke atas suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

See also  Remaja motosikal bising maki hamun Ketua kampung ditahan Polis

 

Disiarkan pada: April 22, 2021 @ 10:22am

Zuhainy Zulkiffli

am@hmetro.com.my

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Penghantar makanan terima 9 jahitan di kepala dipukul suami pelanggan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378389
Users Today : 1984
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16528
Users Last 30 days : 61779
Users This Month : 5393
Users This Year : 378388
Total Users : 378389
Views Today : 2737
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24614
Views Last 30 days : 94866
Views This Month : 7902
Views This Year : 582596
Total views : 582597
Who's Online : 10
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares