Video Api marak bakar Dua unit Kondominium

KUALA LUMPUR – Dua unit kediaman di sebuah kondominium musnah dijilat api dalam satu kebakaran di Bukit OUG Condo, Jalan 4/155, Bandar Bukit Jalil di sini hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Komander Operasi Kanan, Pegawai Bomba Mohamad Hafidz Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.14 malam sebelum mengejarkan anggota ke lokasi kejadian.

“Sebanyak empat jentera dan sebuah lori tangki dengan kekuatan seramai 45 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dibantu BBP Jalan Hang Tuah, BBP Sri Petaling dan BBP Seputeh telah digerakkan ke lokasi bagi melakukan pemadaman.

See also  Diperdaya’ BF hingga terlanjur & hamil

“Setibanya di lokasi, anggota bertugas mendapati kebakaran melibatkan dua unit kondominium di tingkat 12 bangunan tersebut.

“Rumah pertama dianggarkan mengalami kemusnahan sebanyak 90 peratus manakala rumah kedua pula terbakar 60 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Hafidz, anggota bertugas kemudiannya memulakan operasi pemadaman kebakaran dengan menggunakan teknik ‘attacking’ dan ‘offensive fire fighting’ sebelum api dapat dikawal.

See also  Video Kebakaran besar gudang alat ganti kereta terpakai

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 10.10 malam dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 10.31 malam.

“Kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujar beliau.

See also  Saksi sempat menjerit beri amaran
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video Api marak bakar Dua unit Kondominium " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

377941
Users Today : 1536
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16080
Users Last 30 days : 61331
Users This Month : 4945
Users This Year : 377940
Total Users : 377941
Views Today : 2054
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 23931
Views Last 30 days : 94183
Views This Month : 7219
Views This Year : 581913
Total views : 581914
Who's Online : 13
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares