Geng 18 Dato Suresh’, ‘Geng 21 Sunder’ tumpas

Geng 18 Dato Suresh’, ‘Geng 21 Sunder’ tumpas

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menahan seramai 22 lelaki terdiri daripada ketua dan ahli kumpulan kongsi gelap `Geng 18 Dato Suresh’ dan `Geng 21 Sunder’.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kesemua ketua dan ahli kedua-dua kumpulan berusia antara 35 hingga 48 tahun itu ditahan dalam operasi khas ‘Op Cantas Sinecura’, yang dijalankan di sekitar Puchong, Serdang, Klang dan Kapar pada Rabu lalu.

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata operasi dijalankan susulan video satu kejadian pada 25 November tahun lalu yang tular dalam laman media sosial yang mana sekumpulan lelaki (Geng 18 Dato Suresh) merusuh dan mencederakan mangsa di sebuah pusat hiburan di Brickfields.

See also  Suami belasah isteri mengandung hingga koma dicekup selepas 38 hari

 

“Dalam kejadian itu seorang anggota polis yang secara kebetulan menjalankan tugas risikan di premis berkenaan telah dikepung, ditengking dan dipukul oleh kumpulan terbabit.

 

“Dalam kejadian lain di Kapar, Selangor, sekumpulan lelaki (Geng 21 Sunder) yang bersenjatakan parang, kayu dan besi menyerang seorang mangsa di hadapan sebuah rumah sehingga mendatangkan kecederaan serius pada 21 Januari lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

See also  Anggota bomba diserang dari belakang selepas didakwa lewat tiba memadamkan kebakaran

 

Huzir berkata, penularan video ini menimbulkan kegusaran kepada masyarakat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya JSJ memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan elemen kongsi gelap dan gengsterisme.


Info berkaitan

https://alhadi.my/2020/11/27/datuk-dan-19-lelaki-ditahan-bergaduh-di-pub/


“Tindakan tegas akan diambil terhadap kumpulan yang melanggar undang-undang serta cuba mengganggu-gugat ketenteraman awam,” katanya.

 

Beliau berkata, siasatan mendapati kesemua suspek memiliki antara satu hingga sembilan rekod kesalahan jenayah lampau dan majoriti suspek memiliki tiga hingga lima rekod jenayah.

 

Antara kesalahan yang dilakukan adalah mendatangkan kecederaan, gaduh gempar, samun dan dadah.

See also  Video©Geng Baling Batu di lebuhraya Pendang

 

Siasatan ke atas semua mereka dijalankan mengikut Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

 

▶️Berita Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Geng 18 Dato Suresh', 'Geng 21 Sunder' tumpas " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156043
Users Today : 833
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24438
Users Last 30 days : 79867
Users This Month : 49768
Users This Year : 156042
Total Users : 156043
Views Today : 1437
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36949
Views Last 30 days : 122991
Views This Month : 76268
Views This Year : 238658
Total views : 238659
Who's Online : 2
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares